Translate

30 September 2020

Video Kemalangan Maut Akibat Besi Pembinaan LRT Jatuh Bukan Di Klang (1 Video)

             



Besi jatuh dari tapak pembinaan berlaku di Jakarta

Video kemalangan maut akibat besi pembinaan LRT jatuh bukan di Klang
BERNAMA
29/09/2020 10:41 PM


SHAH ALAM, 29 Sept -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan satu maklumat yang tular di media sosial, kononnya satu kemalangan maut berlaku akibat besi dari tapak pembinaan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) jatuh di kawasan sebuah pusat beli-belah di Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata video kemalangan maut yang tular di media sosial hari ini adalah kejadian yang berlaku di Jakarta, Indonesia Ahad lepas.

“Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara menafikan dakwaan berlakunya kemalangan maut akibat besi jatuh daripada pembinaan LRT seperti yang tular di media sosial. Kejadian itu didapati berlaku di Jakarta, bukannya di kawasan pentadbiran IPD ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 28 saat di aplikasi WhatsApp memaparkan seorang penunggang motosikal maut dikatakan akibat terkena besi yang jatuh dari tapak pembinaan kelihatan seperti LRT.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis cari suspek curi beg duit di Pasar Siti Khad' 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Ketua polis balai bakal berdepan tindakan tatatert' 31 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Samun Bersenjata Parang Di Taska | BEST FBKL' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita 'Panjang Tangan' Ditangkap | BEST FBKL' 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BMW Tunjuk Samseng Block Bas | BEST FBKL' 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita 'Panjang Tangan' Ditangkap | BEST FBKL' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kes Buli / Pukul di asmara sekolah l' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Wanita 'Panjang Tangan' Ditangkap | BEST FBKL' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 51 mins ago