Translate

29 September 2020

Bung Mokhtar Mengamuk Dengan Hajiji Selepas Istiadat Angkat Sumpah, Kerana Bersatu Enggan Mematuhi Perjanjian Awal Dengan UMNO



Bersatu and Umno saw some friction shortly after the new Sabah government was sworn in this morning but this was quickly averted after newly minted Chief Minister Hajiji Mohd Noor agreed to give his deputy a change in portfolio.



SUARA TV

Kota Kinabalu – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kejadian di bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) sebentar tadi.

Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV, ia ekoran dari keengganan Hajiji untuk mematuhi perjanjian awal yang telah dipersetujui bersama di antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Menurut perjanjian awal, PN bersetuju untuk melantik Bung sebagai Timbalan Ketua Menteri dengan memegang portfolia Kerja Raya, manakala 3 orang ADUN UMNO akan dilantik sebagai menteri dengan seorang memegang portfolio kanan sebagai syarat untuk UMNO menyokong calon Bersatu sebagai jawatan ketua menteri.

“Namun setelah mengangkat sumpah, Hajiji enggan mematuhi perjanjian tersebut dengan melantik Bung memegang portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Disebabkan itu Bung mengamuk dan berteriak di hadapan Hajiji agar menghormati perjanjian awal yang telah dipersetujui sebelum
ini,” kata sumber tersebut.

Bung juga dikatakan telah memanggil satu sidang akhbar khas bagi memaklumkan untuk menarik kembali sokongan terhadap Bersatu sekiranya Hajiji bertegas dengan keputusannya.

Ekoran kejadian tersebut, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan terpaksa campur tangan dengan mengarahkan Hajiji agar akur dengan perjanjian sebelum ini. – SuaraTV

https://suara.tv/29/09/2020/bersatu-mungkir-janji-bung-mengamuk-di-hadapan-hajiji/








Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Virginia viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 5 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Singaporean Woman Contract Specialist With US Navy' 16 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Sparks fly at the first meeting between President ' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 34 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Our "moral keepers" have ruled that these two wome' 37 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'President Trump's senior advisor Kellyanne Conway ' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Pelakon Mira Filzah dipilih sebagai model di penta' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Sultan Johor berkenan berangkat ke bazar Ramadan d' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Gatchina viewed 'Teenage actress Puteri Balqis has revealed that sh' 1 hr 37 mins ago