Translate

30 September 2020

Staf Fahmi Fadzil Positif COVID-19, Pusat Khidmat Lembah Pantai Ditutup Sementara



Staf Fahmi Fadzil positif COVID-19, pusat khidmat Lembah Pantai ditutup sementara
Astro Awani
30 September 2020


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memaklumkan menutup sementara pusat perkhidmatannya sebagai langkah berjaga-jaga setelah salah seorang kakitangannya positif COVID-19.

Dalam catatan di akaun Twitternya, Fahmi berkata, kakitangannya itu baru pulang dari Sabah pada 25 September lalu dan kini berada di Hospital Sungai Buloh untuk pengasingan dan rawatan.

Katanya, disebabkan prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pejabat Kesihatan Lembah Pantai, Fahmi dan semua kakitangannya telah menjalani saringan COVID-19 kerana mempunyai kontak rapat.

Buat sementara waktu, Pengarah Komunikasi PKR itu dan kakitangannya yang lain perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.

Bermula 27 september lalu, KKM mewajibkan mereka yang pulang dari Sabah untuk menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari, dan melakukan ujian saringan COVID-19 pada hari ke 13.

Source: Astro Awani

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 8 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Penjual bunga di kuil disamun kumpulan lelaki bers' 16 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 29 mins ago
A visitor from Tampines new town viewed 'Background of Altantuya Murder Case in Malaysia - ' 39 mins ago
A visitor from Chelyabinsk viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '2 Wanita Direman Urus Proses Beli Bayi, Sedia Siji' 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'What Happens When The Pope Dies Inside Vatican Cit' 2 hrs 47 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pope Francis Breaks Tradition With Final Wish; Pon' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis cari suspek curi beg duit di Pasar Siti Khad' 5 hrs 37 mins ago