Translate

27 September 2020

Bung Moktar dan Hajiji Menghadap Tun Juhar Mahiruddin. Jeffey Kitingan juga dilihat memasuki kawasan Istana (Video)





Saya dan Hajiji akan Mengadap TYT - Bung Moktar  

 PRN Sabah: Bung Moktar, Hajiji menghadap Tun Juhar
Astro Awani
27 September 2020


KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengesahkan beliau dan Datuk Seri Hajiji Noor akan menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Bung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag berkata, pertemuan dengan Juhar itu akan berlangsung pada jam 2.30 petang.

Katanya, Juhar akan menentukan sama ada beliau atau Hajiji yang akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

“Tunggu... tunggu TYT (Tuan Yang Terutama) umum siapa Ketua Menteri Sabah,” katanya.

Terdahulu, GRS mengadakan mesyurat bersama yang dihadiri Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Zainuddin Hamzah; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16, GRS memperoleh 38 kerusi DUN daripada 73 yang dipertandingkan.

Source: Astro Awani



27/09/2020 03:56 PM


KOTA KINABALU, 27 Sept -- Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Hajiji Noor dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dilihat memasuki pekarangan Istana Negeri dipercayai untuk bertemu Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin petang ini.

Bung Moktar tiba dengan menaiki kenderaan berwarna putih pada 2.27 petang manakala Hajiji tiba seminit kemudian dengan kenderaan berwarna hitam.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin yang lengkap berpakaian sut dengan bertali leher dan bersongkok enggan menjawab sebarang pertanyaan dan sekadar mengukir senyuman lebar apabila petugas media mengucapkan tahniah kepada mereka yang disebut-sebut sebagai calon Ketua Menteri Sabah.



Presiden STAR Datuk Dr Jeffrey Kitingan pula dilihat memasuki kawasan istana pada 3 petang dan sebelum itu, Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jahid Jahim tiba di sana pada 2.47 petang.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Warisan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 semalam.

GRS mendapat 38 kerusi, kelebihan satu kerusi daripada majoriti mudah 37 kerusi di Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 73 kerusi sekarang.


GRS terdiri daripada PN dan BN dengan rakan sekutu PBS.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED