Translate

30 September 2020

COVID-19 Malaysia - Kenyataan Terperinci /Akhbar oleh KP Kesihatan Malaysia | 30 September 2020



Kenyataan Akhbar KPK 30 September 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 28 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,967 kes (88.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 30 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 89 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 11,224 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,121 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 89 kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang kesemuanya melibatkan bukan warganegara mengembara dari negara:

  • Belanda: Dua (2) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Indonesia: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Daripada 86 kes penularan di dalam negara, 84 kes adalah warganegara Malaysia dan dua (2) kes adalah bukan warganegara. Daripada 86 kes tersebut juga, sebanyak 25 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 88 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 35 kes
    • 18 kes saringan bergejala yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Sembilan (9) kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Tiga (3) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-10273 yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Empat (4) kes daripada Kluster Benteng LD yang kesemuanya melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes saringan kematian di Hospital Tawau yang melibatkan warganegara.
  • Kedah: 13 kes 
    • Lima (5) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11129 yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tembok yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Dua (2) saringan bergejala yang kesemuanya melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes daripada Kluster Sungai yang melibatkan warganegara.
  • Selangor: 10 kes
    • Lima (5) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes saringan bergejala yang melibatkan warganegara;
    • Dua (2) saringan masuk kerja yang melibatkan warganegara;dan
    • Satu (1) kes saringan sebelum pulang ke negara asal yang melibatkan bukan warganegara.
  • Johor: Lapan (8) kes
    • Tujuh (7) kes daripada Kluster Bakawali yang kesemuanya melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kessaringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Sarawak: Empat (4) kes
    • Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
    • Satu (1) kes saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dari Semenanjung Malaysia melibatkan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
  • Terengganu: Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
  • Pahang: Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
  • Kelantan: Dua (2) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11132 yang kesemuanya melibatkan warganegara.
  • Perlis: Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
  • Negeri Sembilan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Perak: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Pulau Pinang: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan bukan warganegara.

Sehingga kini, terdapat 16 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana tiga (3) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 136 kes (1.21 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-135 (iaitu kes ke-11207) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 46 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, jantung dan buah pinggang. Kes mula mengalami gejala sejak 21 September 2020. Pada 28 September 2020 kes mengalami sesak nafas dan telah dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada hari yang sama jam 6.15 petang. Hasil saringan COVID-19 didapati positif.
  • Kes kematian ke-136 (iaitu kes ke-11185) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 70 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit barah peringkat akhir. Kes telah meninggal dunia di rumah pada 26 September 2020 dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Tawau, Sabah. Hasil saringan COVID-19 didapati positif pada 29 September 2020.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

KLUSTER BAHARU: KLUSTER TEMBOK, KEDAH

KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dikenalpasti di Kedah. Kes indeks kluster ini adalah seorang lelaki warganegara Malaysia (iaitu kes ke-11207) dan merupakan kes kematian ke-135 yang telah dilaporkan pada hari ini. Saringan COVID-19 kes indeks didapati positif pada 28 September 2020. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan dua (2) lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Tembok dikenalpasti. Dua kes positif ini melibatkan dua (2) warganegara Malaysia. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan.

Sehingga 30 September 2020, 12 tengah hari, sejumlah 169 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Tiga (3) dikesan positif COVID-19; dan
  • 166 individu menunggu keputusan.

Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

STATUS TERKINI EMPAT (4) KLUSTER

Kluster Benteng LD

Terdapat empat (4) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 879 kes. Sehingga 30 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 11,846 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut daerah yang terbabit adalah seperti berikut:

  • Tawau (8,875 individu disaring):
    • 655 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu);
    • 6,873 individu negatif; dan
    • 1,347 individu masih menunggu keputusan.
  • Lahad Datu (2,964 individu disaring):
    • 220 kes dikesan positif COVID-19;
    • 2,261 individu negatif; dan
    • 483 individu masih menunggu keputusan.
  • Kinabatangan (5 individu disaring):
    • Dua (2) kes dikesan positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) individu negatif.
  • Sandakan: Dua (2) individu disaring yang mana kedua-duanya dikesan positif COVID-19.

Berdasarkan keseluruhan jumlah saringan yang telah dilaksanakan sehingga kini bagi Kluster Benteng LD, pecahan saringan melibatkan:

  • 1,773 orang banduan dan tahanan di mana 676 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,176 orang kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 26 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,398 orang kontak ahli keluarga kakitangan dan banduan di mana 33 kes dikesan positif   COVID-19;
  • 1,623 orang pegawai agensi kerajaan lain, tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 5,876 kontak sosial di mana 144 kes dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 879 kes positif COVID-19, 525 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 354 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (223 kes);
  • Indonesia (130 kes); dan
  • Timor-Leste (1 kes).

Jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan.

Kluster Bangau-bangau

Terdapat sembilan (9) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Bangau-Bangau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 287 kes. Sehingga 30 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 458 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • 287 kes dikesan positif COVID-19 (9 kes baharu);
  • 51 individu dikesan negatif COVID-19; dan
  • 120 individu masih menunggu keputusan.

Daripada jumlah 287 kes positif COVID-19, 231 kes adalah warganegara Malaysia manakala 56 adalah warganegara Filipina.

Kluster Bakawali

Terdapat tujuh (7) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Bakawali pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 11 kes. Sehingga 30 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 168 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • Johor (161 individu disaring):
    • 11 kes dikesan positif COVID-19 (7 kes baharu);
    • 70 individu negatif; dan
    • 80 individu masih menunggu keputusan.
  • Selangor: Lima (5) individu disaring dan masih menunggu keputusan.
  • Melaka: Satu (1) individu disaring dan masih menunggu keputusan.
  • Kelantan: Satu (1) individu disaring dan masih menunggu keputusan.

Kesemua 11 kes positif dalam kluster ini merupakan warganegara Malaysia.

Kluster Sungai

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Sungai pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 100 kes. Sehingga 30 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 25,406 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • Kedah (25,186 individu disaring):
    • 99 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu); dan
    • 25,087 individu negatif.
  • Pulau Pinang (142 individu disaring):
    • 142 individu negatif.
  • Perlis (78 individu disaring):
    • Satu (1) kes dikesan positif COVID-19; dan
    • 77 individu negatif.

Daripada 100 kes positif COVID-19 dalam kluster ini, 99 kes adalah warganegara Malaysia dan satu (1) kes adalah warganegara Thailand.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi kluster-kluster ini masih diteruskan dan status terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

MOBILISASI PASUKAN BANTUAN KESIHATAN DAN PERUBATAN KE NEGERI SABAH

Untuk makluman, KKM telah menggerakkan pasukan bantuan ke Tawau, Lahad Datu, Semporna, dan Kunak, Sabah bagi membantu menangani penularan COVID-19 di sana. Mobilisasi pasukan bantuan secara dalam negeri di Sabah telah dilakukan sejak awal peningkatan bilangan kes COVID-19 di sana lagi. Selain itu, KKM juga telah dan sedang terus menggerakkan pasukan bantuan secara berperingkat dari Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Semenanjung Malaysia bermula 23 September 2020.

Berikut adalah pecahan mengikut kawasan dan skim perkhidmatan pasukan bantuan perubatan dan kesihatan awam yang telah digerakkan setakat 29 September 2020:

Pasukan bantuan akan membantu melakukan pengesanan kontak, saringan komuniti di lapangan, menjaga pusat kuarantin dan hospital. Selain itu, seramai 10 orang Pegawai Sains Mikrobiologi dan lima (5) orang Juruteknologi Makmal (JTM) telah dihantar ke Hospital Tawau, Hospital Lahad Datu, Hospital Queen Elizabeth, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas dan Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu bagi membantu proses saringan COVID-19 di makmal.

KKM juga telah mula mengarahkan seramai 72 Jururawat Terlatih (JT) untuk bertugas di Hospital Kunak, Hospital Queen Elizabeth, Hospital Tenom, Hospital Beluran, Hospital Keningau, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, dan Hospital Kota Belud.

Mulai Oktober 2020, sejumlah 140 Pegawai Perubatan dan 225 orang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) akan ditempatkan di Jabatan Kesihatan Negeri Sabah mengikut kekosongan dan keperluan perkhidmatan semasa, termasuk di klinik, hospital dan Pejabat Kesihatan Kawasan seluruh Sabah. Penilaian keperluan sumber manusia akan terus dilakukan secara berterusan bagi membantu mengawal situasi penularan jangkitan COVID-19 di negeri Sabah, di samping memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan di sana. Pada masa yang sama, kebajikan petugas kesihatan dan perubatan juga perlu diutamakan bagi memastikan mereka selaku aset utama KKM, dapat menjalankan tugasan mereka dengan baik. Ini termasuk aspek logistik, latihan, keperluan Personal Protective Equipment (PPE) yang bersesuaian dengan tugasan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

30 September 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
W.P. KUALA LUMPUR6 (3)2,672
SELANGOR102,271
SABAH351,877
NEGERI SEMBILAN11,049
JOHOR8767
SARAWAK4713
PAHANG2379
KEDAH13367
PERAK1271
MELAKA0266
KELANTAN2164
PULAU PINANG1144
TERENGGANU3120
W.P. PUTRAJAYA0100
PERLIS236
W.P. LABUAN128
JUMLAH KESELURUHAN89 (3)11,224

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED