Translate

29 September 2020

PDRM Umum Pertukaran 11 Pegawai Kanan Berkuat Kuasa 2 November

                              

PDRM umum pertukaran 11 pegawai kanan berkuat kuasa 2 November
BERNAMA
29/09/2020 06:13 PM



KUALA LUMPUR, 29 Sept -- SAC Koordinasi Cawangan Khas, Penyeldikan dan Keurusetiaan, Bukit Aman, SAC Abu Samah Mohd Noor merupakan antara 11 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 2 Nov depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datuk Asmawati Ahmad dalam satu kenyataan berkata Abu Samah akan dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas, Kuala Lumpur.

Pertukaran lain melibatkan Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan yang dilantik sebagai Penolong Pengarah Kepolisan Am, Bahagian Pengurusan Dasar/Sumber, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman, dan tempat beliau akan diisi oleh ACP Razali Abu Samah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff pula akan bertukar ke ACP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Selangor, dan tempatnya di ambil alih oleh Penolong Pengarah (Pematuhan), Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman ACP Mohamad Farouk Esha.

ACP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Selangor ACP Mohammad Abd Hamid akan bertukar ke jawatan Penolong Pengarah (Pematuhan), Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman.

Pertukaran lain turut menyaksikan perubahan antara Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Kelantan ACP Sheik Azhar Sheik Omar yang bertukar ke jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Kelantan bagi menggantikan ACP Mit Emong.


-- BERNAMA

                         


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'BEST FBKL' 9 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 33 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'Real Madrid Defend their Champions League Title be' 42 mins ago
A visitor from California viewed 'Popular television host, actress and entrepreneur ' 49 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'National basketball player Mohd Shadzwan has becom' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Banjir di Johor, Sabah beransur pulih, jumlah mang' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dewan Negara ditangguh selepas lulus 10 RUU dalam ' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Dewan Negara ditangguh selepas lulus 10 RUU dalam ' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Dewan Negara ditangguh selepas lulus 10 RUU dalam ' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Lebih 127,000 anggota bakal nikmati In' 1 hr 44 mins ago