Translate

27 September 2020

PRN Sabah 2020 : Calon Bebas Yang Menang Kerusi Kemabong Rubin Balang nyata sokongan kepada PN




PRN Sabah: Rubin Balang nyata sokongan kepada PN
Assim Hassan
September 27, 2020 02:35 MYT

Rubin berkata, beliau juga akan menyokong sesiapa sahaja yang dicadangkan oleh PN untuk menjadi ketua menteri. - Astro AWANI

KOTA KINABALU: Calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong, Datuk Rubin Balang menyatakan hasrat dan pendirian menyokong Perikatan Nasional (PN).
Malah, Rubin berkata, beliau juga akan menyokong sesiapa sahaja yang dicadangkan oleh PN untuk menjadi ketua menteri.


“Saya datang sini sebab saya menyokong PN dan juga menyokong sesiapa sahaja yang dicadangkan untuk menjadi ketua menteri,” katanya kepada pemberita di sini.

Rubin juga menjadi perhatian pengamal media apabila hadir ke sidang media Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor di sebuah hotel terkemuka di sini.

Rubin yang bertanding atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 menang dengan majoriti 1,012 menewaskan calon UPKO, Barisan Nasional (BN), Parti Cinta Sabah, Parti Liberal Demokratik dan Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah.

Ditanya mengenai kemenangan beliau di DUN itu, Rubin menjelaskan ia hasil sokongan rakyat Kemabong.

“Saya mempunyai visi dan misi untuk membangunkan Kemabong terutama dari segi prasarana serta pembangunan ekonomi,” katanya lagi.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Voronezh viewed 'Amanah Negeri Sembilan kekal pendirian tandin' 3 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'China Failkan Saman Terhadap AS | BEST FBKL' 16 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kal' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR BORONG SELAYANG DIGEMPUR LAGI DBKL DIBANTU I' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Malaysia hantar 35 pegawai perubata' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Taraf kewarganegaraan tidak diberi sewenangnya - S' 2 hrs 37 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Vietnam's Sang-sik to lead ASEAN-All Stars against' 3 hrs 11 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 30 mins ago
A visitor from Atlanta viewed 'Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengadap YDP' 3 hrs 31 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'BLOOD BROTHERS CETUS FENOMENA RM9.2 JUTA KUTIPAN D' 3 hrs 32 mins ago