Translate

29 September 2020

COVID-19 Malaysia - Kenyataan Terperinci / Akhbar oleh KP Kesihatan Malaysia | 29 September 2020

Kenyataan Akhbar KPK 29 September 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 50 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,939 kes (89.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 29 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 101 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 11,135 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,062 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 101 kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan satu (1) warganegara dan tiga (3) bukan warganegara dari negara:

  • Myanmar: Dua (2) kes dilaporkan di Sarawak yang melibatkan bukan warganegara.
  • Arab Saudi: Satu (1) kes dilaporkan di Sarawak yang melibatkan warganegara.
  • Nigeria: Satu (1) kes dilaporkan di Selangor yang melibatkan bukan warganegara.

Daripada 97 kes penularan di dalam negara, 93 kes adalah warganegara Malaysia dan 4 kes adalah bukan warganegara. Sebanyak 17 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah pada hari ini, menjadikan jumlah kes sebanyak 63 sejak 20 September 2020. Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 73 kes
    • 51 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 48 kes warganegara dan tiga (3) kes bukan warganegara;
    • Lapan (8) saringan bergejala yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bomba yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes daripada Kluster Kuarters yang melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Utara yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan rujukan ke Hospital Sandakan yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11119 yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan petugas kesihatan yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) saringan komuniti yang melibatkan warganegara.
  • Selangor: 14 kes
    • Sembilan (9) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
    • Dua (2) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu bagi kes ke-10776 dan kes ke- 11129;
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu, Kluster Benteng PK yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Apas yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes saringan sebelum pulang ke negara asal yang melibatkan bukan warganegara.
  • Johor: Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bakawali yang kesemuanya melibatkan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Kedah: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Perak: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Melaka: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Kelantan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Pulau Pinang: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Perlis: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

Sehingga kini, terdapat 13 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana lima (5) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 134 kes (1.20 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

EMPAT (4) KLUSTER BAHARU

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kluster baharu telah dikenalpasti pada hari ini iaitu di:

  • Sabah (2 kluster);
  • Selangor (1 kluster); dan
  • Johor (1 kluster).

KLUSTER JALAN BOMBA, SABAH

Kes indeks bagi kluster iaitu kes ke-11110 merupakan lelaki warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah pada 20 September 2020. Kes bergejala demam dan batuk dan didapati positif COVID-19 pada 28 September 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Hasil saringan kontak rapat mendapati dua (2) lagi kes positif COVID-19 pada 28 September 2020.

Pengenalpastian kontak rapat dan saringan masih lagi diteruskan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

KLUSTER JALAN UTARA, SABAH

Kluster ini dikenalpasti hasil saringan petugas kesihatan di sebuah institut latihan di Sandakan, Sabah. Dua (2) petugas kesihatan telah dikesan positif COVID-19 pada 28 September 2020. Mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Pengenalpastian kontak rapat dan saringan masih lagi diteruskan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

KLUSTER BENTENG PK, SELANGOR

Kluster ini dikenalpasti hasil saringan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Klang, Selangor. Saringan tersebut telah dijalankan dari 16 hingga 25 September 2020 di mana lapan (8) orang PATI dikesan positif COVID-19. Hasil saringan kontak rapat mendapati satu (1) lagi kes positif bagi kluster ini pada 28 September 2020 yang melibatkan anggota polis. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Sehingga kini, seramai 148 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • 9 kes positif COVID-19; dan
  • 139 dikesan negatif.

KLUSTER BAKAWALI, JOHOR

Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-10911 dan kes ke-10912 merupakan pasangan suami isteri warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah pada 13 September 2020 sehingga 18 September 2020. Pada 24 September 2020, kedua-dua kes bergejala demam, selesema dan batuk yang kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Mereka didapati positif COVID-19 pada 26 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Johor.

Hasil saringan kontak rapat mendapati dua (2) lagi kes positif bagi kluster ini. Sehingga 29 September 2020, seramai 25 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Empat (4) kes dikesan positif COVID-19;
  • 13 individu negatif; dan
  • Lapan (8) individu masih menunggu keputusan.

Langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang terlibat. Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan bagi kesemua kluster.

PENINGKATAN KES COVID-19 DALAM NEGARA

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat peningkatan kes COVID-19 di Malaysia sejak 7 September 2020. Peningkatan kes bagi negeri Sabah dan Kedah banyak menyumbang kepada jumlah keseluruhan kes. Susulan itu, KKM telah mengambil tindakan langkah kawalan dan pencegahan bagi membendung penularan COVID-19. Antara langkah kawalan dan pencegahan yang telah dilakukan adalah:

  • Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna, Sabah;
  • Pengesanan kontak rapat kes positif COVID-19;
  • Pelaksanaan proses nyah kuman dan dekontaminasi di lokasi-lokasi yang terbabit dengan COVID-19;
  • Pelaksanaan saringan di Pintu Masuk Domestik dan Antarabangsa;
  • Perluasan saringan bagi komuniti dan golongan berisiko tinggi;
  • Mobilisasi pasukan bantuan kesihatan ke zon merah;
  • Penambahan bilangan katil di hospital dan pusat kuarantin; dan
  • Penambahan kapasiti makmal perubatan.

KKM juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih atas penglibatan agensi-agensi lain dalam membendung penularan COVID-19.

Untuk makluman, jumlah kes positif COVID-19 harian masih tinggi kebelakangan ini. Justeru, masyarakat dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP). Diharapkan dengan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh pihak KKM, agensi-agensi lain dengan kerjasama masyarakat, dapat membendung penularan COVID-19 di Malaysia

KEGUNAAN HOTSPOT TRACKER DALAM APLIKASI MySejahtera.

Baru-baru ini, tular isu tentang pusat membeli belah yang mengeluarkan kenyataan tentang pekerja yang disahkan positif COVID-19. KKM sangat menghargai tindakan proaktif pusat membeli-belah tersebut membantu dalam langkah kawalan dan pencegahan.

Untuk makluman semua, KKM perlu menjalankan siasatan terperinci sebelum menyatakan sesuatu kawasan sebagai berisiko tinggi (Hotspot). Penentuan Hotspot adalah berdasarkan lokasi kes positif dan lokasi yang berpontensi menjadi punca penularan COVID-19. KKM perlu melakukan penilaian risiko dan kadar kebolehjangkitan sebelum menyatakan sesuatu tempat sebagai berpotensi menjadi punca penyebaran virus COVID-19.

KKM juga ingin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah menggunakan pelbagai fungsi aplikasi MySejahtera. Kami juga ingin menasihatkan orang ramai agar hanya berkongsi maklumat yang terbukti kesahihannya agar tidak menimbulkan kegusaran di dalam masyarakat.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

29 September 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 29 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
W.P. KUALA LUMPUR12,666
SELANGOR15 (1)2,261
SABAH731,842
NEGERI SEMBILAN01,048
JOHOR2759
SARAWAK3 (3)709
PAHANG0377
KEDAH1354
PERAK1270
MELAKA1266
KELANTAN1162
PULAU PINANG1143
TERENGGANU0117
W.P. PUTRAJAYA1100
PERLIS134
W.P. LABUAN027
JUMLAH KESELURUHAN101 (4)11,135

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import 




PECAHAN KES BAHARU (101) KL-1 1 pulang dari kawasan berisiko tinggi SELANGOR-15 9 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi 2 saringan kontak rapat 1 Kluster Benteng PK (kluster baharu) 1 Kluster Jln Apas 1 saringan pulang ke negara asal (BWN) 1 import BWN tiba dari Nigeria

JOHOR-2 2 Kluster Bakawali (Kluster baharu) SARAWAK-3 1 import pulang dari Arab Saudi 2 import BWN tiba dari Myanmar

SABAH-73 51 Kluster Bangau-Bangau 8 saringan bergejala 3 Kluster Jalan Bomba (baharu) 2 Kluster Benteng LD 2 Kluster Kuarters 2 Kluster Jalan Utara (baharu) 1 rujukan ke hospital 1 saringan kontk rapat 1 saringan petugas kesihatan 1 saringan komuniti 1 saringan PMA dr semenanjung


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED