Translate

28 September 2020

"Saya Hormati Keputusan UMNO Sabah," Zahid Hamidi Komen Pelantikan Hajiji Sebagai Ketua Menteri



"Saya hormati keputusan UMNO Sabah," Zahid Hamidi komen pelantikan Hajiji sebagai Ketua Menteri
Astro Awani
28 September 2020


KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mengambil maklum konsensus yang telah dicapai dalam rundingan dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bahawa Datuk Seri Hajiji Mohd Noor adalah calon Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Ahmad Zahid berkata, beliau telah dimaklumkan oleh Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bahawa keputusan itu dicapai demi memastikan kepentingan rakyat Sabah dapat segera diperjuangkan.

“Saya hormati keputusan tersebut atas dasar semangat autonomi UMNO Sabah yang telah pun dipersetujui bersama.

“Semoga kerajaan baharu yang dibentuk ini dapat segera memberi tumpuan kepada pelbagai agenda untuk membela kepentingan rakyat Sabah, sebagai mana termaktub dalam aku janji GRS,” katanya lagi.

Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO sebelum ini berkata, beliau cenderung melihat jawatan itu diserahkan kepada UMNO susulan parti itu mempunyai jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terbesar dalam GRS.

Dalam satu sidang media awal hari ini, Hajiji dan Bung Moktar memaklumkan, keputusan telah dicapai untuk mencalonkan ADUN Sulaman itu sebagai Ketua Menteri seterusnya.

Selain Bung Moktar, hadir sama pada sidang media itu ialah Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan; dan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jahid Jahim serta barisan wakil rakyat GRS.

Menurut Jabatan Penerangan Sabah, Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah dijadual berlangsung di Istana Negeri jam 10.30 pagi, esok.

Source: Astro Awani

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed 'Nation celebrates dedicati' 7 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 8 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Selepas 'kantoi' dalam ujian doping bekas jaguh bi' 17 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PM sumbang bantuan Aidlfitri kepada golongan yang ' 38 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Dua RUU berkaitan ekonomi diluluskan di Dewan Raky' 38 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 40 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Jururawat rugi RM144,000 angkara sindiket penipuan' 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dadah Jenis ‘Fentanyl’ Dikesan Di Malaysia | BEST ' 45 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kastam Sarawak rampas rokok seludup bernilai lebih' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'British Airways kembali semula ke KLIA pada 2 Apri' 1 hr 8 mins ago