Translate

28 September 2020

COVID-19: Kontak Rapat Calon BN, Hishammuddin Diarah Kuarantin Di Rumah

                                         

COVID-19: Kontak rapat calon BN, Hishammuddin diarah kuarantin di rumah
Astro Awani
28 September 2020


KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein diarah menjalani kuarantin di rumah oleh Kementerian Kesihatan (KKM) setelah menjadi kontak rapat kepada calon Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tempoh hari.

Menerusi muat naik status di laman sosial beliau, Hishammuddin berkata beliau telah ke Pitas bagi membantu kempen Sufian Abdul Karim yang telah disahkan positif COVID-19 sebelum ini.

"Hari ini saya telah diarah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia agar jalani kuarantin diri di rumah biarpun saringan awal yang dibuat ke atas saya sebaik tiba dari Sabah tempoh hari negatif," katanya.

Hishammuddin turut mengharapkan semua jentera BN yang pulang dari Sabah untuk mematuhi arahan kuarantin.

"Kepada semua yang baru pulang dari Sabah khususnya jentera BN, nasihat saya - pastikan jalani saringan COVID-19 dan segera lapor sekiranya terdapat simptom.

"Seperti saya maklum, saya sendiri akan kuarantin diri di rumah. Sama-sama kita bantu usaha KKM tangani penularan wabak ini.

Beliau pada masa sama turut berdoa semoga semua mereka yang telah disahkan positif sebelum ini segera sembuh dan kembali fokus dalam membela rakyat.


Source: Astro Awani



Source: Facebook Hishammuddin Hussein

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Muar town viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 11 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Calon PN DUN Tioman meninggal dunia | BEST FBKL' 53 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Senarai Buffet Ramadan / Buka Puasa 2023 Di Kuala ' 1 hr ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 2 hrs 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 3 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysia urges citizens to leave South Sudan as se' 3 hrs 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pelabur asing jual ekuiti dalam pasaran Asia berju' 3 hrs 47 mins ago