Translate

26 September 2020

COVID-19 Malaysia Update – KKM DG Hisham



Kenyataan Akhbar KPK 26 September 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 89 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,785 kes (90.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 26 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 82 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,769 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 851 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 82 kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara dan satu (1) bukan warganegara dari negara:

  • Yaman: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan warganegara.
  • Bangladesh: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan warganegara.
  • Filipina: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan bukan warganegara.

Daripada 79 kes penularan di dalam negara, 53 kes adalah warganegara Malaysia dan 26 kes adalah bukan warganegara. Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 64 kes
    • 33 kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan 11 kes warganegara dan 22 kes bukan warganegara;
    • 25 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 24 kes warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara;
    • Tiga (3) kes saringan bergejala yang melibatkan warganegara.
    • Satu (1) kes saringan petugas kesihatan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) pulang dari Semenanjung yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes Influenza-Like Illness (ILI) di Klinik Kesihatan Tawau yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) saringan kemasukan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas yang melibatkan bukan warganegara.
  • Negeri Sembilan: Tiga (3) kes
    • Dua (2)kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
    • Satu (1) kes saringan ke luar negara yang melibatkan bukan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
  • Selangor: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes saringan kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
    • Satu (1) saringan tahanan yang melibatkan bukan warganegara.
  • Terengganu: Dua (2) kes saringan kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Pahang: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Melaka: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Johor: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Sarawak: Satu (1) kes saringan petugas kesihatan yang melibatkan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes saringan petugas kesihatan yang melibatkan warganegara.

Sehingga kini, terdapat lapan (8) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat (4) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 133 kes (1.24 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI BAGI KLUSTER BANGAU-BANGAU DAN KLUSTER BENTENG LD DI SABAH

Kluster Benteng LD

Terdapat 33 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 776 kes. Sehingga 26 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 10,775 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

  • Tawau (8,195 individu disaring);
    • 609 kes dikesan positif COVID-19 (33 kes baharu);
    • 6,136 individu negatif; dan
    • 1,450 individu menunggu keputusan.
  • Lahad Datu (2,574 individu disaring):
    • 164 kes dikesan positif COVID-19;
    • 1,901 individu negatif; dan
    • 509 individu menunggu keputusan.
  • Kinabatangan (5 individu disaring):
    •   Dua (2) kes dikesan positif COVID-19; dan
    •   Tiga (3) individu negatif.
  • Sandakan – Satu (1) kes dikesan positif COVID-19, tiada saringan dan pertambahan kes baharu.

Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:

  • 1,772 orang banduan dan tahanan di mana 652 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,160 orang kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 24 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,394 orang kontak ahli keluarga kakitangan dan banduan di mana 27 kes dikesan positif   COVID-19;
  • 1,535 orang pegawai agensi kerajaan lain, tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 4,914 kontak sosial di mana 73 kes dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 776 kes positif COVID-19, 439 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 337 kes adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (214 kes);
  • Indonesia (122 kes); dan
  • Timor-Leste (1 kes)

Ingin dimaklumkan bahawa jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan. 

Kluster Bangau-Bangau

Terdapat 25 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Bangau-Bangau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 159 kes. Sehingga 26 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 351 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • 159 kes dikesan positif COVID-19 (25 kes baharu);
  • 37 individu dikesan negatif COVID-19; dan
  • 155 individu masih menunggu keputusan.

Daripada jumlah 159 kes positif COVID-19, 114 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 45 adalah warganegara Filipina.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi kluster-kluster ini masih diteruskan dan status terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 KE ATAS INDIVIDU PULANG DARI NEGERI SABAH

Seperti yang dilaporkan dalam Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 25 September 2020, terdapat 10 kes yang dikesan positif COVID-19 setelah kembali dari Sabah pada 20 hingga 25 September 2020). Pada hari ini pula, dikesan terdapat 11 lagi kes positif COVID-19 yang dikesan di Semenanjung Malaysia setelah kembali dari negeri Sabah. Peningkatan kes dan kluster COVID-19 di Negeri Sabah masih berterusan dan 4 daerah telah dikenalpasti sebagai zon merah (setelah merekodkan bilangan kes COVID-19 melebihi 40 kes dalam tempoh 14 hari kebelakangan).

Mengambilkira situasi semasa ini, terdapat keperluan untuk melaksanakan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan COVID-19 ke atas individu dengan sejarah perjalanan dari Sabah bagi memantau risiko penularan jangkitan dalam kalangan individu-individu tersebut. Justeru itu, bermula 27 September 2020 sehingga 10 Oktober 2020, aktiviti saringan akan dijalankan kepada semua individu yang baru tiba dari Sabah di semua Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa). Mereka diwajibkan:

  1. Memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera dan daftar masuk (check-in) menggunakan aplikasi ini setibanya di Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa);
  2. Menjalani saringan gejala jangkitan saluran pernafasan dan ujian saringan pengesanan COVID-19 sejurus tiba di Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa);
  3. Menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO). Kesemua individu di Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa) akan diberi surat HSO, dan dipakaikan gelang kuarantin. Tarikh HSO akan bermula dari tarikh ketibaan di Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa) sehingga keputusan makmal diperolehi. Pelepasan HSO akan diberikan sekiranya keputusan ujian makmal menunjukkan negatif COVID-19;
  4. Sekiranya terdapati individu yang perlu meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing dengan menaiki kenderaan awam seperti teksi dan kereta Grab, surat kebenaran untuk ke alamat yang ditetapkan akan diberikan pada hari tersebut; dan
  5. Sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pulang, individu tersebut perlu menjalani saringan ulangan bagi COVID-19.   

Saringan ke atas individu (warganegara dan bukan warganegara) yang pulang dari Sabah ini dikecualikan daripada caj ujian COVID-19.

Tempoh pelaksanaan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan COVID-19 ke atas individu yang baru pulang dari Sabah akan disemak dari semasa ke semasa, berdasarkan penilaian risiko penularan jangkitan pada masa tersebut dan maklumat mengenai sebarang perubahan berkaitannya akan dimaklumkan kepada umum.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

26 September 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 26 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
W.P. KUALA LUMPUR6 (3)2,658
SELANGOR22,224
SABAH641,547
NEGERI SEMBILAN31,047
JOHOR1755
SARAWAK1704
PAHANG1373
KEDAH0352
PERAK0269
MELAKA1263
KELANTAN0161
PULAU PINANG0142
TERENGGANU2116
W.P. PUTRAJAYA099
PERLIS033
W.P. LABUAN126
JUMLAH KESELURUHAN82 (3)10,769

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import



PECAHAN KES BAHARU (82) SABAH-64 33 kluster Benteng LD 25 kluster Bangau-Bangau (2 BWN) 3 SARI (1 BWN) 1 saringan pintu masuk 1 saringan bergejala 1 saringan ILI KL-6 1 import tiba dari Bangladesh (BWN) 1 import sign on kapal (BWN) 1 import dari Yemen 3 saringan bergejala

N.SEMBILAN-3 2 saringan kontak rapat 1 saringan sebelum pulang ke negara asal (BWN) SELANGOR-2 1 saringan OKT (BWN) 1 saringan bergejala TGANU-2 2 saringan kendiri PAHANG-1 1 saringan bergejala MELAKA-1 1 saringan bergejala

JOHOR-1 1 saringan bergejala SARAWAK-1 1 saringan sebelum ke Sabah LABUAN-1 1 saringan sebelum ke Sabah


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED