Translate

26 September 2020

Anggota Polis Direman Lima Hari, Minta RM1,000 Daripada Pasangan Kekasih Berdua-duaan Dalam Kereta


Astro Awani
26 September 2020


KUCHING: Dua anggota polis dan tiga sukarelawan polis direman lima hari kerana meminta suapan RM1,000 daripada sepasang kekasih yang sedang berdua-duaan di dalam kereta.

Majistret Dora Andau membenarkan kesemua suspek berusia antara 35 hingga 51 tahun itu direman selama lima hari bermula Sabtu selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Kuching, Sarawak.

Kesemua suspek berusia antara 35 hingga 51 tahun itu direman selama lima hari bermula Sabtu.
Menurut sumber, kesemua suspek ditahan di Pejabat SPRM Kuching kira-kira pukul 9.30 malam Jumaat ketika hadir memberi keterangan.

Katanya,pada Khamis lalu, sepasang kekasih sedang berdua-duaan dalam kereta berhampiran kawasan pusat beli-belah kira-kira pukul 9.30 malam sebelum didatangi sebuah kereta peronda polis.

"Terdapat lima anggota polis dan seorang daripada mereka telah mengetuk cermin pintu pemandu kereta dan mengarah pasangan itu keluar daripada kenderaan.

Lima lelaki berkenaan meminta RM1,000 supaya tidak mengambil tindakan undang-undang.

"Anggota tersebut memaklumkan mereka melakukan kesalahan kerana berdua-duaan dan akan mengambil tindakan. Anggota tersebut meminta RM1,000 supaya tidak mengambil tindakan undang-undang," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Mohd. Zaki Hassan ketika dihubungi telah mengesahkan tangkapan tersebut.

Source: Astro Awani


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED