Translate

26 September 2020

Bekas Penyampai Berita Dan Pengacara Veteran RTM, Wan Chik Daud Meninggal Dunia (1 Video)





Wan chik daud pelakon "Do re mi" meninggal dunia  

Bekas penyampai berita dan pengacara veteran RTM, Wan Chik Daud meninggal dunia
BERITA RTM


KUALA LUMPUR, 26 September - Bekas penyampai berita dan pengacara veteran RTM, Wan Chik Daud meninggal dunia pukul 11.00 pagi tadi di kediamannya di Lembah Keramat, ibu negara.

Allahyarham berusia 80 tahun.

Berita itu disahkan Presiden Persatuan Veteran RTM (PVRTM), Zohara Gany Bathusha.

Allahyarham Wan Chik dilaporkan menghidap kanser payu dara, kencing manis dan darah tinggi.

Beliau ialah pasangan penyampai berita televisyen pertama dalam sejarah penyiaran negara bersama Kamaruddin Ahmad.

Isteri kepada pelakon Allahyarham M.Rajoli itu bukan hanya terkenal sebagai penyiar, malah turut diingati ramai kerana membintangi filem-filem arahan Tan Sri P.Ramlee di Studio Merdeka, iaitu ‘Do Re Mi’ dan ‘Nasib Do Re Mi’.


Source: BERITA RTM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED