Translate

02 September 2020

Seorang kanak-kanak enam tahun lemas dihanyut kepala air (1 Video)

 

Kanak kanak enam tahun dihanyutkan kepala air


Astro Awani

2 September


KUALA LUMPUR: Perkelahan sebuah keluarga berakhir tragedi apabila seorang kanak-kanak berusia enam tahun lemas dihanyutkan kepala air di Sungai Kedondong di sini, pada Rabu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang dan mayat mangsa yang dikenali sebagai Abdul Wafi Wuuzir ditemui pada jam 5.44 petang.

Sementara itu, dua lagi lelaki serta seorang wanita dewasa yang masing-masing terperangkap di atas batu dan dalam air, berjaya diselamatkan pasukan bomba.

Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

"Sebaik tiba, kita dimaklumkan mangsa (kanak-kanak) yang sedang mandi di dalam sungai ketika kejadian telah dihanyutkan kepala air.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dilancarkan. Selain itu, kita turut menyelamatkan dua lelaki dewasa serta seorang wanita yang tidak dapat naik ke tebing disebabkan arus deras," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Source : Astro Awani

Image

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED