Translate

24 September 2020

Pelajar IPTA Antara Empat Lelaki Ditahan Miliki Ganja



Pelajar IPTA antara empat lelaki ditahan miliki ganja
BERNAMA
24/09/2020 04:54 PM



KUALA LUMPUR, 24 Sept -- Empat lelaki termasuk seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah jenis ganja ditahan dalam dua serbuan di Menara Simfoni, Balakong, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata dalam serbuan kira-kira 2.30 petang itu, seorang lelaki ditahan di kawasan tempat letak kereta dan hasil pemeriksaan menemukan satu ketulan mampat berisi bahan disyaki dadah jenis ganja dianggarkan seberat 256.5 gram.

Katanya, susulan tangkapan itu pihaknya menahan tiga lelaki di sebuah rumah di kawasan sama kira-kira 2.45 petang dan menemui enam ketulan mampat, 18 paket dan empat botol cecair berisi bahan disyaki ganja dianggarkan seberat 2.3 kilogram bersama peralatan untuk membungkus dadah serta wang tunai RM1,200.

“Semakan mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan dadah serta hasil ujian saringan awal air kencing terhadap kesemua suspek positif dadah jenis kanabis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati sindiket tersebut aktif dalam aktiviti pengedaran dadah jenis kanabis sekitar Lembah Klang sejak dua bulan lepas.

Jelasnya, jumlah keseluruhan nilai rampasan dadah dianggarkan RM6,541 itu dipercayai boleh dibekalkan kepada 872 penagih dadah.

Katanya, kesemua suspek berusia 24 tahun itu direman enam hari sehingga 29 Sept dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Pegawai SPRM Ugut Polis Didenda RM10,000 (1 ' 33 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Rapid KL On-Demand diperluas ke enam zon baharu be' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nahas Trak FRU Senarai Nama Mangsa Yang Maut Dan C' 57 mins ago
A visitor from Kampung pasir gudang baru viewed '8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan | BES' 3 hrs 55 mins ago
A visitor from Hyderabad viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 4 hrs 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 7 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berlakon diculik, pelajar universiti, rakan didakw' 7 hrs 32 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Lebih 200 individu terperdaya skim pelaburan IRPS,' 8 hrs 19 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 8 hrs 25 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'KEJADIAN DI KEDAI AISKRIM MASJID PUTRA, PUTRAJAYA,' 9 hrs 4 mins ago