Translate

03 September 2020

COVID-19 MALAYSIA: New Cases-14 (Imported -4, Local-10) , Active Cases-163 | Total Cases-9373 | Total Deaths- 128


Kenyataan Akhbar KPK 3 September 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,083 kes (96.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 3 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 14 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,374 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 163 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 14 kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara Malaysia dan dua (2) bukan warganegara. Empat (4) kes import tersebut adalah dari negara:

  • Singapura (3 kes: 2 kes di Negeri Sembilan dan 1 kes di Johor); dan
  • Filipina (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Daripada 10 kes penularan di dalam negara, enam (6) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan empat (4) kes adalah bukan warganegara.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (6 kes) adalah :

  • Kedah – empat (4) kes:
  • Tiga (3) kes daripada Kluster Tawar; dan
  • Satu (1) daripada Kluster Telaga.
  • Sabah: Dua (2) kes daripada Kluster Benteng LD.

Kesemua kes jangkitan dalam negara di kalangan bukan warganegara (4 kes) adalah di Sabah iaitu kes daripada Kluster Benteng LD.

Kluster-kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat empat (4) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana tiga (3) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes (1.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KLUSTER BENTENG LD

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat pertambahan tujuh (7) kes dalam kluster ini. Enam (6) daripada tujuh (7) kes ini adalah kes baharu. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini 14 kes.

Hasil siasatan lanjut kluster mendapati satu (1) kes positif COVID-19 yang melibatkan seorang banduan di Penjara Tawau, Sabah (iaitu kes ke-9351 yang dilaporkan pada 1 September 2020) berkait rapat dengan kluster ini. Beliau mempunyai sejarah dimasukkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu bagi perbicaraan sebutan kes, di mana beliau didapati mempunyai kontak rapat dengan kedua-dua kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-9344 dan kes ke-9345) .

Enam (6) kes baharu yang dilaporkan hari ini telah dikesan di Penjara Tawau. Empat (4) daripada kes tersebut turut mempunyai sejarah ke IPD Lahad Datu serta mempunyai kontak rapat dengan kes indeks. Mereka telah balik ke Penjara Tawau pada 28 Ogos 2020 dan seterusnya menjangkiti dua (2) lagi banduan baharu di Penjara Tawau. Kesemua kes positif baharu ini tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau.

Sehingga 3 September 2020, seramai 336 orang telah disaring. Daripada jumlah ini:

  • 14 kes dikesan positif COVID-19;
  • 123 individu negatif; dan
  • 199 individu masih menunggu keputusan.

Jumlah saringan yang telah dilaksanakan bagi kluster ini melibatkan:

  • 121 orang banduan;
  • 83 orang kakitangan penjara;
  • 68 orang ahli keluarga kakitangan dan banduan;
  • 61 anggota polis; dan
  • 3 orang pegawai agensi kerajaan yang lain. 

PERTAMBAHAN KES BAGI KLUSTER TAWAR, KLUSTER BUNGA DAN KLUSTER TELAGA

Ingin dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan kes bagi tiga (3) buah kluster lagi iaitu Kluster Tawar, Kluster Bunga dan Kluster Telaga.

  1. Kluster Tawar

Terdapat tiga (3) kes baharu dilaporkan bagi Kluster Tawar di negeri Kedah, dua (2) kes tersebut dikesan dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran. Justeru, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 dalam kluster ini sebanyak 78 kes. Sehingga 3 September 2020 jam 12 tengah hari, seramai 18,164 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

  1. Kedah (17,619 disaring):
    • 67 kes dikesan positif COVID-19;
    • 17,415 individu negatif; dan
    • 137 individu masih menunggu keputusan.
  2. Pulau Pinang (kekal 534 saringan):
    • 11 kes dikesan positif COVID-19; dan
    • 523 individu negatif.
  3. Perak: Kekal 11 saringan, di mana semua adalah negatif.

Tiada saringan baharu di Pulau Pinang dan Perak. Bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Amanjaya, Kedah, seramai 12,903 orang telah disaring di tiga (3) zon yang terbabit (iaitu Zon Kenanga, Zon Mawar dan Zon Melur). Setakat ini tiga (3) kes positif telah dilaporkan. Manakala 12,867 dilaporkan negatif COVID-19 dan 33 masih menunggu keputusan ujian makmal.

2. Kluster Bunga

Terdapat dua (2) kes baharu dilaporkan bagi kluster ini di Negeri Sembilan, justeru menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini sebanyak enam (6) kes. Sehingga 3 September 2020 jam 12 tengah hari, seramai 55 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

  1. Negeri Sembilan (41 disaring):
    • Dua (2) kes dikesan positif COVID-19;
    • 34 individu negatif; dan
    • Lima (5) individu masih menunggu keputusan.
  2.  Selangor (10 disaring):
    • Empat (4) kes dikesan positif COVID-19; dan
    • Enam (6) individu negatif.
  3. Terengganu (4 disaring):
    • Empat (4) individu negatif.

3. Kluster Telaga

Terdapat satu (1) kes baharu dilaporkan bagi Kluster Telaga di negeri Kedah, justeru menjadikan jumlah kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini sebanyak tujuh (7) kes. Sehingga 3 September 2020 jam 12 tengah hari, seramai 2,089 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

  1. Kedah (2,083 disaring):
    • Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19;
    • 1,401 individu negatif; dan
    • 675 individu masih menunggu keputusan.
  2. Pulau Pinang (6 disaring):
    • Satu (1) individu negatif; dan
    • Lima (5) individu masih menunggu keputusan.

Pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat bagi semua kluster ini masih diteruskan. Situasi terkini kluster akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

3 September 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 3 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS032
KEDAH4222
PULAU PINANG0136
PERAK0269
SELANGOR02,175
NEGERI SEMBILAN2 (2)1,036
MELAKA0262
JOHOR1 (1)752
PAHANG0371
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH6432
SARAWAK0699
W.P. KUALA LUMPUR1 (1)2,592
W.P. PUTRAJAYA099
W.P. LABUAN023
JUMLAH KESELURUHAN14 (4)9,374

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import


Image

Kluster Benteng LD Terdapat 7 pertambahan kes baharu dalam Kluster Benteng LD. 6 daripadanya adalah kes baharu dikesan dalam Penjara Tawau. 336 orang yang disaring; 14 kes positif, 123 negatif dan 199 masih menunggu keputusan.


Image

1 kes baharu dikesan dalam Kluster Telaga. Setakat ini 2,089 individu telah disaring. 1,402 negatif dan 680 masih menunggu keputusan.


Image

2 kes baharu dilaporkan dalam Kluster Bunga. Jumlah positif setakat ini adalah 6 kes. Seramai 55 individu telah disaring. 44 adalah negatif dan 5 masih menunggu keputusan.


Image

PERINCIAN KES BAHARU (14) KL-1 1 BWN tiba dari Filipina N.SEMBILAN-2 1 WN & 1 BWN dari Kluster Bunga JOHOR-1 1 WN tiba dari Singapura SABAH-6 2 WN & 4 BWN dari Kluster Benteng LD KEDAH-4 3 WN dari Kluster Tawar 1 WN dari Kluster Telaga


Image

Jumlah discaj baru: 4 Jumlah kumulatif discaj: 9083 (96.9%) Jumlah kes baru; 14 Jumlah kumulatif: 9374 Jumlah kes aktif: 163 Jumlah kematian: 0 Jumlah kumulatif kematian: 128 (1.37%) Jumlah kes di ICU: 4 Pesakit intubated: 3

Kes tempatan: 10 (6 WN, 4 BWN) Kes import: 4 (2 WN, 2 BWN)

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED