Translate

28 September 2020

COVID-19: Kontak Rapat Calon BN, Hishammuddin Diarah Kuarantin Di Rumah

                                         

COVID-19: Kontak rapat calon BN, Hishammuddin diarah kuarantin di rumah
Astro Awani
28 September 2020


KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein diarah menjalani kuarantin di rumah oleh Kementerian Kesihatan (KKM) setelah menjadi kontak rapat kepada calon Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tempoh hari.

Menerusi muat naik status di laman sosial beliau, Hishammuddin berkata beliau telah ke Pitas bagi membantu kempen Sufian Abdul Karim yang telah disahkan positif COVID-19 sebelum ini.

"Hari ini saya telah diarah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia agar jalani kuarantin diri di rumah biarpun saringan awal yang dibuat ke atas saya sebaik tiba dari Sabah tempoh hari negatif," katanya.

Hishammuddin turut mengharapkan semua jentera BN yang pulang dari Sabah untuk mematuhi arahan kuarantin.

"Kepada semua yang baru pulang dari Sabah khususnya jentera BN, nasihat saya - pastikan jalani saringan COVID-19 dan segera lapor sekiranya terdapat simptom.

"Seperti saya maklum, saya sendiri akan kuarantin diri di rumah. Sama-sama kita bantu usaha KKM tangani penularan wabak ini.

Beliau pada masa sama turut berdoa semoga semua mereka yang telah disahkan positif sebelum ini segera sembuh dan kembali fokus dalam membela rakyat.


Source: Astro Awani



Source: Facebook Hishammuddin Hussein

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from St petersburg viewed 'BEST FBKL' 25 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Mayat lelaki reput ditemukan bersebelahan motosika' 1 hr ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 2 hrs 9 mins ago
A visitor from Bandung viewed 'Berikutan video samun dalam lif yang viral, polis ' 2 hrs 14 mins ago