Translate

08 August 2020

Tekong bot ditahan cuba seludup masuk dua warga Thailand


BERNAMA

08/08/2020 10:26 PM

LANGKAWI, 8 Ogos -- Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi menahan seorang tekong bot warga tempatan yang dipercayai cuba menyeludup masuk dua lelaki Thailand di perairan Selat Peluru, dekat sini pagi tadi.

Komander PPM Wilayah 1 Langkawi ACP Rosman Ismail berkata lelaki berusia 57 tahun itu ditahan sepasukan anggota semasa menjalankan tugasan Op Benteng COVID di lokasi tersebut kira-kira 6 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati tekong bot itu dibayar upah untuk membawa masuk dua pendatang tanpa izin tersebut dari Satun, Thailand ke Langkawi. Berikutan itu, anggota pasukan operasi bertindak menahan tekong bot bersama dua lelaki warga Thailand berusia 25 dan 28 tahun terbabit.

“Selain menahan tiga lelaki tersebut, anggota pasukan operasi juga merampas bot dinaiki mereka, sebuah enjin 13 kuasa kuda serta peralatan menangkap ikan,” katanya satu kenyataan hari ini.

Rosman berkata tekong bersama dua lelaki warga Thailand terbabit telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi untuk tindakan lanjut.

“Tekong bot ditahan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 kerana disyaki melakukan aktiviti penyeludupan manusia.


“Kedua-dua lelaki warga Thailand itu pula ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah ke Malaysia,” katanya.

-- BERNAMA

 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Trump Excludes Phones, Computers and Chips From Hi' 31 secs ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 53 secs ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Timbalan Menteri & Abdullah' 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Bayern Munich 2-2 Borussia Dortmund Union Berlin |' 21 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'BLOOD BROTHERS CETUS FENOMENA RM9.2 JUTA KUTIPAN D' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 33 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 33 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'UCAPAN PMX DEPAN MENTERI BESAR RAKYAT KELANTAN | B' 36 mins ago