Translate

30 August 2020

Rakyat perlu cekal hadapi rintangan, pertahan kemerdekaan - Muhyiddin (1 Video)

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-63

 

 BERNAMA

30/08/2020 01:27 PM

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata rakyat perlu cekal menempuh sebarang rintangan yang mendatang selain menanam azam untuk mempertahankan kemerdekaan negara ini.

Dalam satu video berdurasi tiga minit yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebooknya hari ini, Muhyiddin meluahkan kata-kata semangat bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 yang akan dirai esok.

"Ayuh anak bangsaku, kita sambut cabaran baharu dalam kehidupan normal baharu, walaupun apa jua rintangan mendatang kita tempuh dengan dengan kecekalan dan kesungguhan yang tinggi.

"Adalah suatu permulaan dalam sejarah hidup kita dalam meniti satu perjalanan yang sangat panjang, 63 tahun menelusuri kedamaian yang kita kecapi selama ini, demi tanah air, demi anak bangsa, walau berbeza namun kita adalah sama, tanpanya tidak wujud keamanan ini," katanya.

Beliau turut mendoakan kesejahteraan pahlawan-pahlawan yang telah gugur mempertahankan kedaulatan negara selama ini.

"Ya Allah, Kau rahmatilah negara ini, Kau muliakan pahlawan-pahlawan yang gugur perjuangkan negara ini, Kau berikan kami kekuatan untuk terus maju sebagai satu bangsa berjaya.


"Saya Muhyiddin Yassin, saya anak Malaysia, Selamat Hari Kebangsaan, Merdeka! Merdeka! Merdeka! Malaysia prihatin," katanya.

-- BERNAMA


 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Subang jaya viewed '5 universiti terkemuka Korea tawar tempat pengajia' 47 secs ago
A visitor from United states viewed 'Rakyat Malaysia dinasihat agar tangguh perjalanan ' 23 mins ago
A visitor from Singapore viewed '5 universiti terkemuka Korea tawar tempat pengajia' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi Jinping arrives in Moscow, we' 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Guna Datuk Seri palsu, laporan polis dibuat terhad' 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Buaya betina seberat 410kg ditangkap di kebun kela' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'India’s ‘SkyStrikers’ Shake Pakistan; ‘Secret Dron' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '5 universiti terkemuka Korea tawar tempat pengajia' 1 hr 31 mins ago