Translate

27 August 2020

Lim Guan Eng sifatkan pendedahan Menteri Kewangan sebagai 'penipuan terbesar" projek rundingan terus inisiatif PH hanya RM352 Juta (1 Video)



 

Guan Eng sifatkan pendedahan Tengku Zafrul sebagai 'penipuan terbesar

 Astro Awani

27 Ogos 2020

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa, daripada 101 perolehan kerajaan secara rundingan terus yang didedahkan oleh Menteri Kewangan Perikatan Nasional (PN), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hanya 0.07 peratus atau RM352 juta dibuat ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Sehubungan itu, Guan Eng yang menerajui Kementerian Kewangan di era pentadbiran PH menyifatkan, dakwaan Tengku Zafrul bahawa projek rundingan terus yang dibuat zaman PH sebanyak 1.4 peratus atau RM6.61 bilion daripada keseluruhan perolehan kerajaan sebagai ‘penipuan terbesar’.

“Kebanyakan projek rundingan terus bukan inisiatif daripada PH tetapi adalah projek yang diwarisi atau sambungan dari zaman BN (Barisan Nasional). Bezanya, PH telah meneruskan projek-projek ini dengan pemotongan kos yang menghasilkan penjimatan yang ketara.

“Apa yang mengejutkan rupa-rupanya, projek rundingan terus di bawah inisiatif PH bukan RM6.61 bilion seperti yang diuar-uarkan tetapi sebenarnya RM352 juta.

"Baki RM6.258 bilion ialah projek diwarisi dan sambungan dari zaman BN yang terpaksa diteruskan PH,” katanya dalam sidang media di Parlimen pada Khamis.

Pada Isnin, Tengku Zafrul memaklumkan kepada sidang Dewan Rakyat, rekod menunjukkan Kementerian Kewangan ketika diterajui Lim Guan Eng sebelum ini, telah meluluskan 101 projek berkenaan secara rundingan terus.

Namun, beliau menjelaskan, dalam keadaan tertentu, kaedah perolehan secara rundingan terus dibenarkan dengan kelulusan Kementerian Kewangan berdasarkan kriteria tertentu seperti melibatkan keperluan negara yang mendesak.

Susulan pendedahan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, pihaknya akan mendapatkan senarai 101 projek daripada Kementerian Kewangan yang dikatakan diberi secara runding terus, semasa era PH.

Sementara itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mempertahankan PH dengan mendakwa, semasa pakatan itu memerintah selama 22 bulan, sebanyak 99.93 peratus daripada jumlah keseluruhan perolehan telah ditawarkan melalui kaedah tender dan bukannya rundingan terus.

“Keraguan kami telah ternyata dan terbukti dengan senarai 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang didedahkan oleh Kementerian Kewangan semalam.

“Kementerian Dalam Negeri (Muhyiddin Yassin) meminta RM517.7 juta. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Zuraida Kamaruddin) meminta RM170.8 juta. Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (Azmin Ali) meminta RM1.2 juta dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Rina Harun) meminta RM7.6 juta,” kata Guan Eng lagi.

Sehubungan itu, Guan Eng menyerahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian sendiri mengenai kerajaan yang mendokong prinsip akauntabiliti dan ketelusan.

“Biar fakta berbicara dengan sendirinya. Berani kerana benar. Amar makruf nahi mungkar,” kata Lim.

Source : Astro Awani


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zayn Rayyan mati dijerut, telinga dipotong, dubur ' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anggota polis ditemukan meninggal dunia di kuarter' 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'AKAK INDIA MENGAMUK SOUND PAKCIK MAHU SEPAK MUKA D' 7 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kriti' 15 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Amanah Negeri Sembilan kekal pendirian tandin' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ibu rayu orang ramai bantu cari anak hilang | BEST' 21 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kriti' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ibu rayu orang ramai bantu cari anak hilang | BEST' 42 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Kes Zayn Rayyan 'Stressnya sampai rasa nak bunuh o' 47 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Zayn Rayyan mati dijerut, telinga dipotong, dubur ' 48 mins ago