Translate

30 August 2020

FAM terus terbang tinggi bersama Malaysia Airlines



BERNAMA

29/08/2020 07:22 PM


PETALING JAYA, 29 Ogos -- Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysia Airlines Berhad (MAB) hari ini menandatangani perjanjian lanjutan usaha sama bagi tempoh 2021 hingga 2023 yang menyaksikan syarikat penerbangan itu kekal sebagai rakan penerbangan rasmi skuad Harimau Malaya.

Perjanjian itu, yang ditandatangani antara Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam dan Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan MAB Lau Yin May, adalah kesinambungan perjanjian selama dua tahun sebelum ini yang berakhir Disember ini

Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata lanjutan perjanjian itu menjadi isyarat hubungan kerjasama yang baik antara kedua-dua pihak meskipun pelbagai program dan aktiviti yang dirancang untuk tahun 2020 terjejas akibat pandemik COVID-19.


"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Malaysia Airlines yang mana mereka tetap mahukan kerjasama yang terjalin selama dua tahun sebelum ini diteruskan lagi bagi tempoh tiga tahun yang akan datang.

“Bagi saya, kerjasama di antara FAM dan Malaysia Airlines ini cukup simbolik kerana kedua-duanya merupakan jenama kebangsaan yang begitu sinonim dengan negara kita, Malaysia,” katanya pada sidang media selepas Kongres Tahunan FAM kali ke-56 di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MAB Kapten Izham Ismail berkata pihaknya teruja untuk memulakan babak seterusnya dalam kerjasama antara skuad bola sepak negara dengan syarikat penerbangan kebangsaan.


“Disiplin dan komitmen pasukan Harimau Malaya mencerminkan keazaman kami dan seluruh rakyat Malaysia untuk turut berjuang mengharumkan nama negara melalui apa saja bidang yang diceburi tidak kira bangsa, usia dan jantina.

“Sejajar dengan Hari Kebangsaan yang akan tiba, ini adalah masa terbaik untuk Malaysia Airlines dan FAM bergabung usaha dan terbang bersama membawa bendera Malaysia ke seluruh dunia,” katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zayn Rayyan mati dijerut, telinga dipotong, dubur ' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anggota polis ditemukan meninggal dunia di kuarter' 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'AKAK INDIA MENGAMUK SOUND PAKCIK MAHU SEPAK MUKA D' 7 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kriti' 15 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Amanah Negeri Sembilan kekal pendirian tandin' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ibu rayu orang ramai bantu cari anak hilang | BEST' 21 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kriti' 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ibu rayu orang ramai bantu cari anak hilang | BEST' 42 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Kes Zayn Rayyan 'Stressnya sampai rasa nak bunuh o' 47 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Zayn Rayyan mati dijerut, telinga dipotong, dubur ' 48 mins ago