Translate

08 August 2020

#Covid-19 #Malaysia l New Cases-7 {Local-1 Imported-6} | Active-170 | Total-9070 |


Kenyataan Akhbar KPK 8 Ogos 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 47 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,775 kes (96.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 8 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat tujuh (7) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,070 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 170 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada tujuh (7) kes baharu yang dilaporkan, enam (6) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga (3) warganegara Malaysia dan tiga (3) bukan warganegara. Enam (6) kes import tersebut adalah dari negara:

  • China (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Yaman (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Myanmar (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Jepun (1 kes di Selangor);
  • Pakistan (1 kes di Sarawak); dan
  • Mexico (1 kes di Wilayah Persekutuan Labuan)

Hanya satu (1) kes penularan di dalam negara yang melibatkan warganegara Malaysia, iaitu kes saringan di tempat kerja di Negeri Sembilan. Beliau mempunyai sejarah bekerja di Indonesia dan telah pulang ke Malaysia pada 7 Mei 2020. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar.

Sehingga kini, terdapat dua (2) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana satu (1) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

TIADA KES BAHARU DILAPORKAN DALAM KLUSTER PUI SIVAGANGGA PADA HARI INI

Sehingga 8 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 4,198 orang telah disaring dalam kluster ini. Bilangan saringan ini merangkumi saringan dari negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Daripada jumlah ini:

  • 43 kes dikesan positif COVID-19;
  • 3,235 negatif; dan
  • 920 masih menunggu keputusan.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) diteruskan. Langkah-langkah pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar dijalankan di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti berkait rapat dengan kluster ini.

Situasi terkini kluster ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada orang ramai. Masyarakat diminta untuk menyemak terlebih dahulu kesahihan maklumat yang diterima sebelum mempercayai dan menyebarkan maklumat tersebut.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM berharap masyarakat akan terus amalkan nasihat-nasihat yang sering ditekankan oleh KKM sebagai satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian. Antara nasihat-nasihat tersebut adalah seperti berikut:

  • Elakkan 3S / 3C :iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W :iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S :Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O :Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P :Penjarakan fizikal (physical distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

8 Ogos 2020 @ 5.00 petang.

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 8 OGOS 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS030
KEDAH0132
PULAU PINANG0122
PERAK0266
SELANGOR1 (1)2,133
NEGERI SEMBILAN11,032
MELAKA0258
JOHOR0744
PAHANG0370
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH0410
SARAWAK1 (1)680
W.P. KUALA LUMPUR3 (3)2,499
W.P. PUTRAJAYA098
W.P. LABUAN1 (1)22
JUMLAH KESELURUHAN7 (6)9,070

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import


Hanya satu kes penularan di dalam negara yang melibatkan warganegara Malaysia, iaitu kes saringan di tempat kerja di Negeri Sembilan. Beliau mempunyai sejarah bekerja di Indonesia dan pulang ke Malaysia pada 7 Mei 2020. Beliau tidak bergejala dan dimasukkan ke HTJ.

Image

Image

Image


Image

Image


Image

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED