Translate

07 August 2020

#Covid-19 #Malaysia l New Cases-25 {Local-16 Imported-9} | Active-210 | Total-9063 |

Kenyataan Akhbar KPK 7 Ogos 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 15 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,728 kes (96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

 

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 7 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 25 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,063 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 210 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 25 kes baharu yang dilaporkan, sembilan (9) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan lapan (8) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara. Sembilan (9) kes import tersebut adalah dari negara:

  • Filipina (4 kes di Sabah);
  • Emiriah Arab Bersatu (1 kes di Selangor);
  • Turki (1 kes di Selangor);
  • Djibouti, Afrika Timur (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Australia (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  • Yaman (1 kes di Sarawak);

Daripada 16 kes penularan di dalam negara, 15 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan satu (1) kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (15 kes) adalah :

  • Perlis:10 kes daripada Kluster PUI Sivagangga;
  • Kedah:satu (1) kes daripada Kluster PUI Sivagangga;
  • Pulau Pinang:satu (1) kes daripada Kluster PUI Sivagangga seperti yang akan diperincikan di bawah;
  • Perak:dua (2) kes Influenza Like Illness (ILI) di klinik sentinel; dan
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur:satu (1) kes saringan bergejala. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Kes jangkitan dalam negara yang melibatkan bukan warganegara (1 kes) pula adalah saringan tahanan yang merupakan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Johor.

Sehingga kini, terdapat dua (2) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana satu (1) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

KES BAHARU DI PERLIS DAN PULAU PINANG BERKAIT RAPAT DENGAN KLUSTER PUI SIVAGANGGA

KKM ingin melaporkan pertambahan 13 lagi kes positif COVID-19 dalam Kluster PUI Sivagangga. Daripada jumlah tersebut, 12 kes adalah kes baharu yang dilaporkan pada hari ini. Sehingga 6 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 3,246 orang telah disaring dalam kluster ini. Daripada jumlah ini:

  • 43 kes dikesan positif COVID-19;
  • 2,320 negatif; dan
  • 883 masih menunggu keputusan.

Seramai 1,884 kontak rapat telah dikenalpasti dan bakal disampel di Perlis dan Pulau Pinang, susulan kes positif yang diumumkan hari ini.

Pecahan kes positif kluster mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • 31 kes di Kedah;
  • 11 kes dari Perlis; dan
  • Satu (1) kes dari Pulau Pinang.

Sepuluh (10) kes baharu yang dilaporkan di Perlis pada hari ini, dan juga kes ke-9002 yang dilaporkan di Perlis pada 4 Ogos 2020 adalah terdiri daripada satu (1) keluarga. Ini menjadikan kesemua 11 kes daripada Perlis ini adalah daripada Kluster Sivagangga.

Hasil siasatan mendapati bahawa salah satu ahli keluarga tersebut (iaitu kes ke-9054, kes generasi kedua) adalah merupakan pelanggan tetap gerai milik kes ke-8976 (iaitu kes generasi pertama kluster ini). Ini menjadikan kes ke-9054 tersebut sebagai kes generasi kedua dan sepuluh (10) ahli keluarga kepada kes ke-9054 adalah generasi ketiga kluster ini. Kesemua 10 kes baharu ini tidak bergejala dan telah dimasukkan di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis untuk rawatan.

Satu (1) kes baharu dari Kedah (kes ke-9053) pula adalah kontak rapat kepada kes ke-9035 (iaitu suami kepada kes ke-90) yang telah dilaporkan pada 6 Ogos 2020, manakala satu (1) kes baharu di Pulau Pinang (kes ke-9052) disaring kerana pada 30 Julai 2020 beliau telah pulang ke kampung halaman yang merupakan salah satu kawasan yang kini di bawah pelaksanaan TEMCO.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) diteruskan. Langkah-langkah pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar dijalankan di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti berkait rapat dengan kluster ini.

Situasi terkini kluster ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada orang ramai. Masyarakat diminta untuk menyemak terlebih dahulu kesahihan maklumat yang diterima sebelum mempercayai dan menyebarkan maklumat tersebut.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa waspada dan terus amalkan nasihat-nasihat yang sering ditekankan oleh KKM sebagai satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian. Antara nasihat-nasihat tersebut adalah seperti berikut:

  • Elakkan 3S / 3C :iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

  • Amalkan 3W :iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S :Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O :Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P :Penjarakan fizikal (physical distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

7 Ogos 2020 @ 5.30 petang.

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 7 OGOS 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS1030
KEDAH1132
PULAU PINANG1122
PERAK2266
SELANGOR2 (2)2,132
NEGERI SEMBILAN01,031
MELAKA0258
JOHOR1744
PAHANG0370
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH4 (4)410
SARAWAK1 (1)679
W.P. KUALA LUMPUR3 (2)2,496
W.P. PUTRAJAYA098
W.P. LABUAN021
JUMLAH KESELURUHAN25 (9)9,063

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes impor

BPERINCIAN KES BAHARU (25 KES) PERLIS – 10 10 kes jangkitan tempatan WN saringan kontak rapat kes PUI Sivagangga KEDAH -1 1 kes jangkitan tempatan WN saringan kluster PUI Sivagangga PUALU PINANG-1 1 kes jangkitan tempatan WN saringan kluster PUI SivaganggaImageImageImage
 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED