Translate

06 August 2020

#Covid-19 #Malaysia l New Cases-15 {Local-10 Imported-5} | Active-200 | Total-9038 |



Kenyataan Akhbar KPK 6 Ogos 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 11 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,713 kes (96.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - 6 Ogos-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 6 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 15 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,038 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 200 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 15 kes baharu yang dilaporkan, lima (5) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga (3) warganegara Malaysia dan dua (2) bukan warganegara. Lima (5) kes import tersebut adalah dari negara:

  • Filipina (4 kes di Sabah); dan
  • Afrika Selatan (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)

Daripada 10 kes penularan di dalam negara, lapan (8) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan dua (2) kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (8 kes) adalah :

  • Kedah:enam (6) kes daripada Kluster PUI Sivagangga seperti yang diperincikan di bawah;
  • Negeri Sembilan:satu (1) kes saringan di tempat kerja;
  • Wilayah Persekutuan Labuan:satu (1) kes saringan di Pintu Masuk Antarabangsa, Labuan.

Bagi kes jangkitan dalam negara (2 kes) di kalangan bukan warganegara pula adalah seperti berikut:

  • Negeri Sembilan:satu (1) kes saringan tahanan yang merupakan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI); dan
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur:satu (1) kes saringan komuniti bersasar.

Sehingga kini, terdapat dua (2) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana satu (1) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

NEW-GRAF-White-Update-case-number-covid-19 (11)

KLUSTER PUI SIVAGANGGA MELAPORKAN ENAM (6) LAGI KES BAHARU

Sehingga 6 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 2,351 orang telah disaring dalam kluster ini. Daripada jumlah ini:

  • 30 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,617 negatif; dan
  • 704 masih menunggu keputusan (persampelan pada 5 Ogos 2020)

6 Ogos Sivagangga

Enam (6) kes baharu telah dikesan dalam Kluster PUI Sivagangga pada hari ini melalui aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection). Satu (1) daripada enam (6) kes baharu ini (iaitu kes ke-9032) mempunyai kontak rapat kepada ahli keluarga beliau yang pernah mengunjungi kedai makan yang terbabit dalam kluster ini.  Kes mula mengalami gejala saluran pernafasan pada 2 Ogos 2020. Kes kemudiannya dikesan positif COVID-19 pada 5 Ogos 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Ahli keluarga tersebut telah disaring untuk COVID-19 dan masih menunggu keputusan.

Lima (5) kes baharu selebihnya pula terdiri daripada satu (1) keluarga (iaitu kes ke-9033, 9034, 9035, 9036 dan 9037). Mereka mempunyai sejarah mengunjungi ke salah satu kawasan yang kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di negeri Kedah. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah untuk rawatan. Punca jangkitan dalam keluarga tersebut adalah masih di dalam siasatan. Keenam-enam kes ini merupakan kes-kes generasi kedua dalam Kluster PUI Sivagangga.  Saringan kontak rapat kes-kes positif ini dan Active Case Detection diteruskan.

Ingin dimaklumkan daripada siasatan yang telah dijalankan ke atas kes ke-9023 dari Kulim (iaitu kes yang telah dilaporkan pada 5 Ogos 2020), seramai 15 kontak rapat beliau telah dikenalpasti dan disaring. Punca jangkitan kes ini adalah masih di dalam siasatan.

Situasi terkini kluster ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada orang ramai. Masyarakat diminta untuk menyemak terlebih dahulu kesahihan maklumat yang diterima sebelum mempercayai dan menyebarkan maklumat tersebut.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa waspada dan terus amalkan nasihat-nasihat yang sering ditekankan oleh KKM sebagai satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian. Antara nasihat-nasihat tersebut adalah seperti berikut:

  • Elakkan 3S / 3C :iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-26 at 3.10.48 PM

  • Amalkan 3W :iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S :Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O :Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P :Penjarakan fizikal (physical distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

6 Ogos 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 6 OGOS 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS020
KEDAH6131
PULAU PINANG0121
PERAK0264
SELANGOR02,130
NEGERI SEMBILAN21,031
MELAKA0258
JOHOR0743
PAHANG0370
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH4 (4)406
SARAWAK0678
W.P. KUALA LUMPUR2 (1)2,493
W.P. PUTRAJAYA098
W.P. LABUAN121
JUMLAH KESELURUHAN15 (5)9,038

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import




PERINCIAN KES BAHARU (15 KES) WPKL – 2 1 kes import BWN pulang dari Afrika Selatan 1 kes jangkitan tempatan BWN kes saringan pekerja asing dari Myanmar NEGERI SEMBILAN – 2 1 kes jangkitan tempatan WN saringan pekerjaan slps raya 1 kes jangkitan tempatan BWN saringan PATI

Image



Image

Image

Image

Image



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED