Translate

09 August 2020

#Covid-19 #Malaysia l New Cases-13 {Local-4 Imported-9} | Active-174 | Total-9083 |

Kenyataan Akhbar KPK 9 Ogos 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat sembilan (9) kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,784 kes (96.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 9 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 13 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,083 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 174 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 13 kes baharu yang dilaporkan, sembilan (9) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan lima (5) warganegara Malaysia dan empat (4) bukan warganegara. Sembilan (9) kes import tersebut adalah dari negara:

  • China(2 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • India(2 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Jepun(2 kes: satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu (1) kes di Selangor).
  • Ireland(1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Indonesia(1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Yaman(1 kes di Sarawak); dan

Kesemua empat (4) kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia. Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Pulau Pinang– tiga (3) kes:
    • Dua (2) kes daripada Kluster PUI Sivagangga;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Kurau. Kluster ini akan diperincikan di bawah.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya:satu (1) kes daripada Kluster Meranti. Kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat satu (1) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

DUA (2) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN PADA HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) buah kluster baharu yang telah dikenalpasti hari ini, iaitu:

  1. Kluster Kurau:

Dua (2) kes positif telah dikesan dalam kluster ini. Kes pertama kluster ini  (iaitu kes ke-9050) merupakan kes positif COVID-19 yang telah dilaporkan pada 7 Ogos 2020. Kes kedua kluster ini (iaitu kes ke-9082) merupakan abang ipar kepada kes ke-9050, di mana beliau telah dikesan hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat. Susulan itu, beliau sekeluarga yang berada di Pulau Pinang telah turut disaring. Pada 9 Ogos 2020, beliau dikesan positif COVID-19 manakala, ahli keluarga beliau yang disaring setakat ini [iaitu lima (5) orang] pula dikesan negatif.

Setakat ini sejumlah 115 individu kontak rapat telah disaring. Daripada jumlah ini:

  • 106 negatif; dan
  • Sembilan (9) masih menunggu keputusan.

Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan.

  1. Kluster Meranti:

Kluster ini mula dikesan apabila kes ke-9083, iaitu seorang petugas kesihatan dikesan positif COVID-19 pada 8 Ogos 2020. Beliau mempunyai kontak kepada kes ke-8968, iaitu kes COVID-19 yang telah dikesan hasil daripada saringan pra pembedahan (kes ini telah dilaporkan pada 31 Julai 2020). Setelah disiasat, kes ke-8968 didapati pernah mempunyai sejarah mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan di mana kes ke-9083 telah bertugas. Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) sedang dijalankan di mana setakat ini 15 individu telah disaring. Punca jangkitan kluster ini adalah masih di dalam siasatan.

STATUS TERKINI KLUSTER PUI SIVAGANGGA

Sehingga 9 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 4,636 orang telah disaring dalam kluster ini dan daripada jumlah ini, 45 dikesan positif COVID-19. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

  1. Kedah (4,078 disaring):
    • 31 kes dikesan positif COVID-19;
    • 4,020 individu negatif; dan
    • 27 individu masih menunggu keputusan.
  1. Perlis (390 disaring):
    • 11 kes dikesan positif COVID-19; dan
    • 379 individu masih menunggu keputusan.
  1. Pulau Pinang (168 disaring):
    • Tiga (3) kes dikesan positif COVID-19;
    • 85 individu negatif; dan
    • 80 individu masih menunggu keputusan.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) masih diteruskan. Langkah-langkah pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar juga turut dijalankan di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti berkait rapat dengan kluster ini. Situasi terkini kluster ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada orang ramai.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM berharap masyarakat akan terus amalkan nasihat-nasihat yang sering ditekankan oleh KKM sebagai satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian. Antara nasihat-nasihat tersebut adalah seperti berikut:

  • Elakkan 3S / 3C :iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W :iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S :Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O :Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P :Penjarakan fizikal (physical distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

9 Ogos 2020 @ 5.00 petang.

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 9 OGOS 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS030
KEDAH0132
PULAU PINANG3125
PERAK0266
SELANGOR1 (1)2,134
NEGERI SEMBILAN01,032
MELAKA0258
JOHOR0744
PAHANG0370
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH0410
SARAWAK1 (1)681
W.P. KUALA LUMPUR7 (7)2,506
W.P. PUTRAJAYA199
W.P. LABUAN022
JUMLAH KESELURUHAN13 (9)9,083

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import


Perincian 13 kes baharu #COVID19 hari ini yang melibatkan 9 warganegara dan 4 bukan warganegara. Semua 4 kes tempatan adalah warganegara dari 3 kluster iaitu PUI Sivagangga, Kurau di Perak dan Meranti, WP Putrajaya.

Image

Image

 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED