Translate

10 August 2020

#Covid-19 #Malaysia l New Cases-11 {Local-6 Imported-5} | Active-166 | Total-9094 |





Kenyataan Akhbar KPK 10 Ogos 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 19 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,803 kes (96.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - Ogos 10-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 10 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 11 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,094 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 166 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 11 kes baharu yang dilaporkan, lima (5) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara melibatkan semua warganegara Malaysia. Lima (5) kes import tersebut adalah dari negara:

  • Australia (3 kes di Selangor);
  • Jepun (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  • Singapura (1 kes di Johor).

Daripada enam (6) kes penularan di dalam negara, lima (5) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan satu (1) kes adalah bukan warganegara iaitu kes saringan di tempat kerja di negeri Selangor. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Perincian baki kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (5 kes) adalah:

  • Johor: satu (1) kes saringan pra pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom;
  • Perak: tiga (3) kes daripada Kluster Kurau seperti yang diperincikan di bawah;
  • Melaka:satu (1) kes saringan kemasukan ke wad di sebuah pusat perubatan swasta. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka.

Sehingga kini, terdapat satu (1) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

NEW-GRAF-White-Update-case-number-covid-19 (15)

STATUS TERKINI KLUSTER KURAU, PERAK

KKM ingin memaklumkan bahawa tiga (3) lagi kes positif telah dikesan dalam Kluster Kurau. Ketiga-tiga kes positif ini telah dikenalpasti hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat kes positif kluster ini. Setakat ini, kluster ini telah melibatkan dua buah negeri iaitu negeri Perak dan negeri Pulau Pinang.

kurau 10 ogos

Mereka merupakan ahli keluarga kes pertama kluster ini (iaitu kes ke-9050), iaitu adik, biras dan anak saudara beliau yang berumur dua (2) tahun. Kes pertama telah mempunyai kontak rapat dengan kesemua kes baharu ini semasa aktiviti kunjung-mengunjung menjelang Hari Raya Aidiladha iaitu pada 30 Julai 2020.

Anak saudara kes ke-9050 (iaitu kes ke-9093) didapati mempunyai gejala demam dan selesema sejak 30 Julai 2020. Manakala, adik dan biras kes ke-9050 tidak mempunyai sebarang gejala. Ketiga-tiga kes baharu ini telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak.

Setakat ini, seramai 125 orang telah disaring dalam kluster ini. Daripada jumlah ini:

  • 5 kes dikesan positif COVID-19;
  • 112 negatif; dan
  • Lapan (8) masih menunggu keputusan.

Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan. Punca jangkitan masih di dalam siasatan.

AKTIVITI KUNJUNG-MENGUNJUNG YANG TIDAK MENGIKUT PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) ADALAH ANTARA SEBAB PENULARAN KES COVID-19

Kluster Sivagangga dan Kluster Kurau merupakan dua kluster yang didapati mencatat pertambahan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini, terutamanya selepas musim perayaan. Siasatan yang telah dijalankan melalui aktiviti pengesanan kes secara aktif dan juga saringan ke atas kontak rapat kes, mendapati bahawa penularan jangkitan COVID-19 dalam kedua-dua kluster ini sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh aktiviti kunjung-mengunjung semasa musim perayaan. Kebanyakan kes positif kedua-dua kluster ini adalah terdiri daripada ahli keluarga. Golongan warga emas dan juga kanak-kanak turut termasuk dalam kes-kes positif dalam kluster ini, iaitu dalam lingkungan umur dua (2) hingga 70 tahun.

Aktiviti kunjung-mengunjung walaupun kini dibenarkan namun masih tertakluk kepada SOP. Penjarakan fizikal (physical distancing) yang selamat sesama individu sewajarnya diamalkan di semua tempat termasuk di antara ahli keluarga dan sanak saudara. Individu yang tidak sihat atau bergejala tidak sepatutnya mengunjungi ataupun menyertai sebarang kenduri-kendara dan perayaan.

Sejak 1 Ogos 2020, Kerajaan telah mewajibkan orang ramai memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat-tempat awam yang sesak dan sempit. Orang ramai juga digalakkan memakai facemask semasa aktiviti kunjung-mengunjung di mana penjarakan fizikal sukar diamalkan. Begitu juga amalan kebersihan kendiri seperti mencuci tangan dengan air dan sabun. Nasihat-nasihat ini sekiranya dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya dengan disiplin yang tinggi, ianya dapat mengelakkan penularan COVID-19 daripada terus berlaku dan menjangkiti orang tersayang.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM berharap masyarakat akan terus amalkan nasihat-nasihat yang sering ditekankan oleh KKM sebagai satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian. Antara nasihat-nasihat tersebut adalah seperti berikut:

  • Elakkan 3S / 3C :iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

  • Amalkan 3W :iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S :Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O :Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P :Penjarakan fizikal (physical distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

10 Ogos 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 10 OGOS 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS030
KEDAH0132
PULAU PINANG0125
PERAK3269
SELANGOR4 (3)2,138
NEGERI SEMBILAN01,032
MELAKA1259
JOHOR2 (1)746
PAHANG0370
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH0410
SARAWAK0681
W.P. KUALA LUMPUR1 (1)2,507
W.P. PUTRAJAYA099
W.P. LABUAN022
JUMLAH KESELURUHAN11 (5)9,094

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import


PERINCIAN KES BAHARU (11)
KL – 1 KES 1 kes import WN pulang dari Jepun SELANGOR– 4 KES 1 kes saringan tempat kerja 3 kes import WN pulang dari Australia JOHOR – 2 KES 1 kes WN saringan pra pembedahan 1 kes import WN pulang dari Singapur

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED