Translate

27 August 2020

4,000 jawatan kosong ditawarkan di Minggu Karnival Penjanakerjaya Merdeka 2020




BERNAMA

27/08/2020 07:38 PM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos -- Lebih 4,000 kekosongan jawatan ditawarkan oleh 85 syarikat yang menyertai Program Minggu Karnival PenjanaKerjaya Merdeka 2020 yang sedang berlangsung di seluruh negara sehingga Sabtu ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata program sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63 tahun itu selari dengan inisiatif kerajaan bagi memastikan semua yang terjejas pekerjaan mereka akibat pandemik COVID-19, mendapat pekerjaan baharu.

Beliau berkata pelbagai aktiviti dirangka sepanjang program minggu karnival itu, termasuk temu duga terbuka khas untuk semua golongan pencari kerja di negara ini.

"Kementerian berharap usaha murni dengan menyediakan perkhidmatan pekerjaan di Bulan Kebangsaan ini akan dapat membantu golongan pencari kerja memperoleh pekerjaan dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran negara.

"Pengunjung juga diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan di setiap lokasi karnival berlangsung," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Orang ramai boleh lawati laman Facebook Eis Perkeso atau hubungi 03-8091 5300 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai program itu.


-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Zayn Rayyan mati dijerut, telinga dipotong, dubur ' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'AKAK INDIA MENGAMUK SOUND PAKCIK MAHU SEPAK MUKA D' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Bangkok viewed 'March 2016' 3 hrs 41 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Korean Star Han So Hee S*x Scene She Only Found Ou' 4 hrs 23 mins ago
A visitor from Sukhoy log viewed 'Pusat Urut Body To Body DiSerbu | BEST FBKL' 4 hrs 24 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Korean Star Han So Hee S*x Scene She Only Found Ou' 4 hrs 25 mins ago
A visitor from Moscow viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 4 hrs 26 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 39 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Manchester United kembali ke Malaysia pada 28 Mei ' 5 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 5 hrs 48 mins ago