Translate

09 December 2019

Najib Razak memberitahu perbelanjaanya menggunakan kad kredit- US$130,000 untuk hari jadi Rosmah


Najib belanja AS$130,000 untuk hari jadi Rosmah
Ho Kit Yen
-December 9, 2019 2:35 PM'
FMT
Rosmah Mansor dan Najib Razak. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi pada perbicaraan SRC International bahawa beliau membelanjakan AS$130,625 (RM466,330.11) di Honolulu, Hawaii menggunakan kad kredit untuk membeli seutas jam tangan Chanel sebagai hadiah hari jadi untuk Rosmah Mansor, 5 tahun lalu.

Bekas perdana menteri itu membeli jam tangan untuk hari jadi isterinya iaitu pada 10 Dis, ketika mereka sekeluarga bercuti di Amerika Syharikat pada Dis 2014, dan dalam tempoh itu juga beliau bermain golf dengan presiden ketika itu, Barack Obama.

“Pertemuan sambil bermain golf itu dilaporkan dengan meluas di media,” kata Najib, dan menambah beliau pulang ke Malaysia tidak lama selepas permainan golf itu, apabila beliau diberitahu tentang banjir di Kelantan.

Terdahulu, naib presiden Ambank yang bertanggungjawab ke atas keizinan kad kredit dan pengurusan fraud, Yeoh Eng Leong dalam keterangan berkata caj RM466,330.11 dikenakan ke atas kad kredit Visa Platinum Najib di kedai jenama mewah di Honolulu.


Yeoh juga berkata caj RM127,017.46 dikenakan ke atas kad Visa sama di Hotel Shangri-La, Bangkok pada Januari 2015 dan caj RM3.3 juta dikenakan di kedai De Grisogono di Sardinia, Itali pada 8 Ogos 2014.

“RM127,017.46 itu untuk belanja penginapan saya dan kakitangan sokongan saya di Shangri-La semasa percutian saya.

“Ketika itu saya ambil peluang untuk bertemu rakan sejawat dari Thailand, Prayut Chan-o-cha untuk membincangkan bagaimana kerajaan Thai boleh bantu kita dalam masalah banjir pada masa itu,” kata Najib hari ini.

Sebagai perdana menteri, Najib berkata beliau boleh meminta kerajaan membayar balik perbelanjaan hotel itu tetapi beliau tidak berbuat demikian.

Ahli Parlimen Pekan itu juga memberitahu mahkamah mengenai pembelian daripada seorang tukang emas, mengatakan beliau membeli hadiah untuk Noor Abdulaziz Abdulla Turki Al-Subaie, isteri kepada perdana menteri Qatar ketika itu, Sheikh Ahmed Jassim Al Thani.

Najib berkata beliau bertemu pasangan itu semasa percutiannya.

Beliau berkata kedua-dua negara mempunyai hubungan diplomasi yang baik dan pasangan itu juga membeli hadiah untuk Rosmah semasa mereka melawat Malaysia.

“Ia sebagai balasan atas kemurahan hati mereka dan saya percaya pembelian daripada De Grisogono itu dibenarkan bagi tujuan diplomasi,” katanya.

Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli Hussain dalam keterangan berkata suatu surat diatakan surat penghargaan, bertarikh 15 Ogos 2014 daripada Noor kepada Rosmah tidak pernah timbul dalam siasatan.

Terdahulu, Najib di Facebook berkata kad kreditnya digunakan untuk membeli hadiah untuk ahli keluarga diraja, mengatakan memberi hadiah kepada orang-orang kenamaan asing adalah perkasa biasa.

Pendengaran di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali diteruskan.

Najib berdepan 6 tuduhan pengubahan wang dan pecah amanah dalam penyaluran RM42 juta ke akaunnya daripada SRC International, bekas unit 1MDB.

Beliau juga dituduh menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri dengan memberikan jaminan kerajaan ke atas pinjaman RM4 bilion kepada SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED