Translate

23 December 2019

Polis sedang memburu seorang lelaki yang mencabul seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun pada 13 Disember lalu.



The Video was in a facebook post
https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/2439041053029137/

POLIS BURU SUSPEK CABUL KANAK-KANAK DI SURAU

Polis sedang memburu seorang lelaki yang mencabul seorang kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang di dalam tandas Surau Al-Ikhlas, Zon Mawar, Sungai Petani, Kedah pada 13 Disember lalu.

Berdasarkan rakaman Kamera Litar Tertutup, CCTV di belakang surau terbabit, suspek datang ke surau berkenaan dengan menaiki sebuah motorsikal seorang diri.

Manakala mangsa bersama kakak sepupunya sedang bermain di taman permainan yang terletak bersebelahan surau.

Suspek kemudian pergi ke bahagian belakang sebelum memanggil mangsa masuk ke dalam tandas lalu memeluk dan memegang kemaluan mangsa.

Kejadian turut disaksikan kakak sepupu mangsa. Mangsa yang meronta-ronta kemudian berjaya melepaskan diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritendan Shamsudin Mamat mengesahkan menerima laporan tentang kejadian tersebut.

Beliau berkata, bapa mangsa hanya tampil membuat laporan polis pada 18 Disember lalu selepas menerima salinan rakaman CCTV berkaitan kejadian itu daripada ahli jawatankuasa surau.

Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan suspek diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Kes disiasat dibawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ohio viewed '3 killed, 1 injured in fiery plane crash in Boca R' 25 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 38 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Anwar, Zahid, Cabinet Ministers pays last respects' 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 55 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'To begin three-day state visi' 1 hr ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Bunuh bekas suami, Nurima dipenjara 20 tahun | BES' 1 hr 5 mins ago