Translate

29 December 2019

Polis maut tertembak diri sendiri sewaktu melaksanakan tugas sekatan jalan raya di Sungai Buah, Dengkil, Sepang,




Polis maut tertembak diri sendiriSimpan Artikel
MyMetro



GAMBAR hiasan



Siti A’isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my





ANGGOTA polis maut tertembak diri sendiri sewaktu melaksanakan tugas sekatan jalan raya di Sungai Buah, Dengkil, Sepang, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata, dalam kejadian 3.55 pagi itu, anggota lelaki berusia 26 tahun itu berada kira-kira 50 meter dari kawasan sekatan jalan raya.


Katanya, terdapat satu kesan luka masuk ke sebelah kanan atas telinga mangsa dan satu kesan luka tembakan keluar di atas telinga kiri anggota terbabit.


“Pasukan perubatan yang tiba di tempat kejadian jam 4.35 pagi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Susulan itu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, menerusi hasil bedah siasat, doktor mengesahkan terdapat kesan luka tembakan masuk di sisi kanan menembusi tengkorak sebelah kiri belakang kepala mangsa.

Katanya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan siasatan lanjut masih lagi diteruskan pihak polis.

Sementara itu, Md Noor Aehwan berkata, mangsa berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak lima tahun lalu.

Beliau berkata, anggota terbabit sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri dan seorang anak.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Disember 2019 @ 6:45 PM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Doktor didakwa rogol, lakukan persetubuhan luar ta' 21 mins ago
A visitor from New york viewed 'Belgium Stun Brazil 2-1 - Kevin De Bruyne wins Wor' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video...Pak Guard Kena Tampar Oleh Lelaki Berkopia' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Lelaki didakwa pandu secara berbahaya dalam inside' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Menteri Di JPM Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Positi' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Doktor didakwa rogol, lakukan persetubuhan luar ta' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 3 hrs 11 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'A SPIKE in the number of dengue cases in Hulu Lang' 5 hrs 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video...Pak Guard Kena Tampar Oleh Lelaki Berkopia' 5 hrs 25 mins ago