Translate

20 December 2019

Najib Sumpah Laknat











Najib lafaz sumpah laknatSimpan Artikel

MyMetro



DATUK Seri Najib Razak.

Mohd Azam Shah Yaacob
mohdazam@hmetro.com.my


BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, hari ini, melafazkan sumpah laknat di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur, menafikan pembabitannya dalam pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribu.

Sumpah laknat itu dibuat 2.10 petang sebaik sahaja selesai solat Jumaat di situ dan disaksikan ribuan jemaah termasuk isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Abdul Azeez Abd Rahim dan Datuk Seri Ahmad Maslan serta beberapa ahli politik lain.


Dalam kenyataan sumpah laknat tiga perenggan itu, Najib turut menafikan bahawa beliau mengenali Altantuya malah langsung tidak pernah berjumpa dengan wanita berkenaan.


Malah, beliau bersumpah tidak pernah mengeluarkan arahan membunuh Altantuya dan jika berdusta maka laknat Allah SWT menimpa dirinya.

“Asalammualaikum warahmatullahiwabarokatuh, bimsmillahirahmannirrahim...

“Pada hari ini 20 Disember 2019, bersamaan 23 Rabiul Akhir 1441 H, di dalam rumah Allah SWT yang mulia ini dan Jumaat yang berkat ini, saya Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak dengan ini sesungguhnya, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, berikrar dan bersumpah seperti berikut...

“Auzubillahiminashitonirojim, bismillahirahmanirohim... Wallahi, Wabillahi, Watallahi...

“Alhamdulillah, sejak saya memasuki usia taklif hingga ke saat ini, saya tidak pernah mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh seorang wanita warganegara Mongolia yang bernama Altantuya Sharibu. Malah saya tidak pernah berjumpa dan mengenali mendiang sama sekali. Jika saya berdusta maka laknat Allah SWT ke atas diri saya dan jika saya benar, maka mereka yang memfitnah saya dan tidak bertaubat akan dilaknat oleh Allah SWT di dunia di akhirat," katanya dalam lafaz muhabalah berkenaan.

Sebelum melafazkan sumpah itu, Najib terlebih dahulu memaklumkan bahawa ia bertujuan membersihkan namanya yang didakwa terbabit memberi arahan pembunuhan Altantuya sebagaimana akuan bersumpah (SD) yang dibuat salah seorang suspek yang kini berada di Penjara Kajang yang juga bekas pegawai di Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia, Azilah Hadri.

Katanya, sumpah itu adalah kali ketiga dibuatnya iaitu yang pertama di Ijok, Selangor pada 2007 dan kali kedua di Guar Perahu, Pulau Pinang pada 2008.


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Disember 2019 @ 2:54 PM

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED