Translate

19 January 2019

Pelanggan di sebuah bank panik apabila seorang penyamun melepaskan tembakan dan melarikan wang tunai 40 ribu ringgit.




MKL Crimedesk
Published on 18 Jan 2019

[ JENAYAH MINGGU INI ]

Beberapa pelanggan di sebuah bank panik apabila seorang penyamun melepaskan tembakan dan melarikan wang tunai 40 ribu ringgit.

Kejadian berlaku di ss19 subang jaya kira kira jam petang tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, ketika kejadian 6 pegawai bank sedang berurusan dengan 4 pelanggan.

Namun didatangi seorang lelaki yang meluru masuk dan melepaskan satu das tembakan ke arah siling.

Suspek mengarahkan kesemua wang tunai dimasukkan ke dalam beg miliknya sebelum melarikan diri ke lorong belakang.


Setakat ini tiada kecederaan yang dilaporkan.

Polis sudah mengenal pasti bangsa suspek dan kesemua kamera litar tertutup cctv di premis berdekatan sedang dianalisa.

Keterangan saksi yang terlibat sedang diambil.

Siasatan juga turut meliputi kegiatan orang dalam atau sebaliknya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED