Translate

12 May 2018

Presiden Parti Warisan Sabah Shafie Apdal Dijangka Angkat Sumpah sebagai Ketua Menteri pada pukul 9 malam ini


Shafie angkat sumpah malam ini?

WARTAWAN SINAR HARIAN
12 MEI 2018

FacebookTwitterWhatsAppEmailMore452




KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah, malam ini.

Memetik laporan media, Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking berkata, perkara itu dimaklumkan oleh pihak Istana Negeri.


Sementara itu, Mohd Shafie yang ditemui media di kediamannya di Bukit Padang di sini, tidak mengesah atau menafikan perkara itu.

“Saya mahu adakan mesyuarat sekejap,” katanya.

Situasi di Sabah semakin menarik apabila Mohd Shafie semalam mengesahkan parti itu bersama PKR dan DAP memiliki 35 daripada 60 kerusi Dun untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah.

Ini berikutan enam Adun BN menyertai Warisan menandatangani deklarasi menyokong Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED