Translate

13 May 2018

Pemangku Raja Pahang: Tidak ada masalah jika saya nak tangguh (angkat sumpah). Saya perlukan sedikit masa untuk kenali semua anggota kerajaan


'Istana Pahang perlu masa kenali semua ADUN sebelum angkat sumpah MB'

Mohd Zalani Md Atan, Astro Awani | Mei 12, 2018 17:26 MYT
ASTRO AWANI


TENGKU ABDULLAH: Tidak ada masalah jika saya nak tangguh (angkat sumpah). Saya perlukan sedikit masa untuk kenali semua anggota kerajaan, itu sahaja. - BERNAMA/Fail

PEKAN: Pihak Istana Pahang memerlukan masa untuk mengenali semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baru menerima mandat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di negeri itu sebelum menjalankan majlis angkat sumpah Menteri Besar.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, bertitah tiada masalah timbul untuk menubuhkan kerajaan negeri tetapi proses mengenal pasti semua ADUN adalah sesuatu yang perlu dilakukan.

Tengku Abdullah turut mengadakan perjumpaan secara berasingan bersama 42 ADUN Pahang, yang terdiri daripada 25 wakil Barisan Nasional (BN), sembilan dari Pakatan Harapan dan lapan dari Pas, di Istana Abdul Aziz, Kuantan semalam yang menjadi kelaziman setiap kali selepas PRU.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED