Translate

07 May 2018

Pelakon Uqasha Senrose Ditahan Selepas Polis Menemui Enam ‘aluminium foil’ Mengandungi 53 Pil Eramin 5 Di Dalam Beg Tangan Miliknya Pagi Semala







ASTRO GEMPAK

"Macam Mana Ada Dadah Dalam Beg?" - Ditahan Selepas Polis Temui 53 Pil Eramin 5, Netizen 'Serang' Instagram Uqasha Senrose

7 Mei 2018. 12.07 AM
6,543



Pelakon Uqasha Senrose ditahan selepas polis menemui enam ‘aluminium foil’ mengandungi 53 pil eramin 5 di dalam beg tangan miliknya pagi semalam.

Menurut sumber, dadah terbabit ditemui selepas Uqasha dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 11.45 pagi semalam.

"Pelakon yang memandu Range Rover dikatakan melanggar kenderaan Honda BRV di jalan terbabit. Anggota polis ke lokasi kejadian kemudian membawanya ke balai polis itu untuk pemeriksaan lanjut.

"Sebaik tiba di balai, anggota polis wanita membuat pemeriksaan tubuh pelakon berkenaan dan menemui 53 pil eramin 5 yang dianggarkan seberat 14.74 gram dalam beg tangan miliknya.

"Ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap pelakon itu didapati negatif. Dia kini ditahan di balai polis itu untuk siasatan lanjut," katanya.

Menerusi laman sosial Facebook 'Info Roadblock JPJ/POLIS', sekeping foto Uqasha bersama kapsyen yang dipercayai laporan polis telah menjadi viral dan dikongsikan oleh netizen.
FAKTA KES
PADA 06.05.218 JAM LEBIH KURANG 1145HRS SEMASA SAYA BERSAMA KONST 19XXXX BERTUGAS RONDA MCPV SEKTOR 4 TELAH TERIMA ARAHAN DARIPADA PUSAT KAWALAN BALAI TAMAN TUN DR ISMAIL BERLAKU KEMALANGAN DI HADAPAN RUMAH XX XX JALAN BURHANUDDIN HELMI TAMAN TUN DR ISMAIL KUALA LUMPUR.
SAMPAI DI LOKASI SEKTOR 4 TELAH BERTEMU DENGAN (1) LELAKI CINA DAN MEMBERITAHU BAHAWA ADA SEBUAH M/KAR JENIS RANGE ROVER WARNA PUTIH NO PENDAFTARAN WC XXXX X YANG DIPANDU OLEH (1) PEREMPUAN MELAYU TELAH MELANGGAR KERETA BELIAU JENIS HONDA BRV NO PENDAFTARAN: VAG XXXX.
SEMASA DI TEMPAT KEJADIAN SAYA DAPATI (1) PEREMPUAN MELAYU TERSEBUT DISYAKI DALAM KEADAAN KHAYAL.KONST/19XXXX TELAH MEMANDU KERETA DAN PEREMPUAN MELAYU TERSEBUT DUDUK DI BAHAGIAN PENUMPANG HADAPAN SEBELAH KIRI BALIK KE BALAI POLIS TAMAN TUN DR.ISMAIL.
SEMASA DI BALAI POLIS TAMAN TUN DR ISMAIL DAN SAYA ARAHKAN L/KPL 19XXXX ZULYANA MEMBUAT PEMERIKSAAN KE ATAS TUBUH DAN BEG TANGAN PEREMPUAN MELAYU TERSEBUT TELAH MENJUMPAI (6) KEPING ALUMANIUM FOIL BERWARNA MERAH DISYAKI DADAH JENIS ERIMIN 5 (53 BIJI) (AB: 14.74) DIDALAM BEG TANGAN MILIK BELIAU BERWARNA-WARNI JENAMA CHANEL.
SAYA RAMPAS DAN TANGKAP PEREMPUAN MELAYU TERSEBUT UNTUK TINDAKAN LANJUT.
Butir-butir Tangkapan :
No : 1
Nama : NIK ZARIS UQASHA BINTI NIK SEN
No. K/P Baru : 920706XXXXXX
Umur : 25
Jantina : Perempuan
Warganegara : Malaysia
Keturunan : Melayu
Alamat : XX XXXX XXXX XX 47630 SUBANG JAYA SELANGOR
Sektor Pekerjaan : Bekerja
Keputusan Ujian Saringan Awal Polis : Tiada Saringan 
No Botol Saringan : Tiada Botol Saringan



Laman sosial Instagram milik Uqasha juga menjadi sasaran netizen yang meninggalkan komen untuk 'menyerang' kakak kepada aktres Nelydia Senrose itu.







Namun begitu, Uqasha kini telah menutup ruangan komen akaun Instagram miliknya.

Sumber: Harian Metro, Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS.
Teks: Kamaruddin Razal









http://www.gempak.com/artikel/9501/macam-mana-ada-dadah-dalam-beg-ditahan-selepas-polis-temui-53-pil-eramin-5-netizen-serang-instagram-uqasha-senrose

HARIAN METRO


Hasbi Sidek dan Nurul Hidayah Bahaudin
news@nstp.com.my

SEORANG pelakon wanita popular ditahan selepas polis menemui enam ‘aluminium foil’ mengandungi 53 pil eramin 5 di dalam beg tangan miliknya, hari ini.
Sumber berkata, dadah itu ditemui selepas pelakon berusia 26 tahun itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 11.45 pagi tadi.
"Pelakon yang juga kakak kepada dua pelakon wanita popular yang memandu Range Rover dikatakan melanggar kenderaan Honda BRV di jalan terbabit.




"Anggota polis ke lokasi kejadian kemudian membawanya ke balai polis itu untuk pemeriksaan lanjut," katannya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, sebaik tiba di balai polis itu, anggota polis wanita membuat pemeriksaan tubuh pelakon berkenaan dan menemui 53 pil eramin 5 yang dianggarkan seberat 14.74 gram dalam beg tangan miliknya.
"Ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap pelakon wanita itu didapati negatif.
"Dia kini ditahan di balai polis itu untuk siasatan lanjut," katanya.
Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED