Lori polis bawa keluar kotak-kotak biru dari rumah Najib
FMT Reporters | May 17, 2018
FREE MALAYSIA TODAY
Setiap kotak sebesar sebuah mesin ketuhar gelombang mikro.
PETALING JAYA: Sebuah lori 3 tan polis diiringi sebuah kereta dan 2 anggota bermotosikal dilihat keluar dari kediaman bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Taman Duta dengan beberapa kotak-kotak biru.
Setiap kotak sebesar sebuah mesin ketuhar gelombang mikro dan dikawal oleh 2 anggota di belakang lori tersebut.
Lori itu berada di lokasi kejadian sejak semalam dan hanya keluar dari kediaman bekas perdana menteri pada 4.40 petang tadi.
Terdahulu, polis merampas beberapa barangan peribadi seperti beg tangan, pakaian serta hadiah. Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal percaya barangan itu diambil bagi tujuan siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.