Translate

02 May 2018

Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin hari ini menggesa rakyat memilih Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad



Daim sokong Dr M untuk ‘masa depan lebih baik’

Melissa Darlyne Chow | May 1, 2018

FREE MALAYSIA TODAY



Bekas menteri kewangan berkata Dr Mahathir boleh menyelesaikan isu hutang negara dan rakyat akan hidup selesa.



Daim (dua dari kiri) bersama Firdaus Jaafar (kiri), Abdul Razak dan Wan Saiful (kanan) bersama penyokong di Pendang hari ini.

ALOR SETAR: Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin hari ini menggesa rakyat memilih Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad pada 9 Mei nanti.

Dalam sokongan terbuka kepada bekas perdana menteri itu, Daim berkata ini bagi memastikan masa depan lebih baik untuk generasi akan datang, mengatakan Dr Mahathir boleh menyelesaikan isu hutang negara dan rakyat akan hidup selesa.

“Pada 9 Mei ini, undi PH. Harapan kami pada mereka bertiga ini (calon Parlimen Pendang, Wan Saiful Wan Jan; calon DUN Tiang, Abdul Razak Khamis; dan calon DUN Tokai, Mohd Firdaus Jaafar.”

“Pada hari mengundi, pilih mata biru. Cari mata biru, supaya kita boleh buka mata kita tengok apa yang betul dan apa yang salah. Jangan pilih dacing. Dacing akan tipu.

“Keluar awal dan mengundi. Jangan buat pilihan yang sama. Anda buat pilihan salah, anda akan menderita seumur hidup,” katanya pada himpunan bersama penyokong PH di Pendang hari ini.



Turut hadir Wan Saiful, Razak dan Firdaus.

Daim berkhidmat sebagai menteri kewangan bawah Dr Mahathir antara 1984 dan 1991, dan kai kedua antara 1999 dan 2001.

Bekas Ahli Parlimen Merbok itu berkata Dr Mahathir sering dipersalahkan oleh Barisan Nasional (BN) kerana nasib orang Melayu, yang masih kekurangan dari segi peluang pekerjaan dan pendapatan.

“BN kata salah Dr Mahathir, tapi dia sudah bersara lebih 15 tahun. Dia PM selama 22 tahun.

“Dia bersara tapi kenapa dia kembali? Dia hampir 93 tahun. Mengapa dia perlu kembali? Kecuali ada sesuatu yang tidak betul. Tidak masuh akal orang yang sudah mencapai begitu banyak kejayaan mesti kembali.

“Dia sanggup berkorban, untuk masa depan kita dan untuk masa depan negara kita,” katanya.

Daim berkata GST sudah membebankan rakyat, menyebabkan harga barang meningkat.

“Dulu tidak ada GST. Kita merdeka banyak tahun tanpa GST. Beberapa tahun lalu ia diperkenalkan.

“Semua benda kena cukai. Anda mati pun kena cukai.

“GST maknanya ‘government’ suka tipu. Kamu mahu sokong kerajaan yang kejam? Sudah tentu tidak,” katanya.

Apabila ditanya mengapa dia menyatakan sokongan secara terbuka kepada PH, dan sama ada dia takut dikenakan tindakan disiplin oleh Umno, Daim berkata kerana Umno parti haram.

“Saya tidak boleh jadi ahli parti haram. Saya sokong keadilan. Keadilan untuk rakyat,” katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED