Lebih 270 ribu pengundi awal mengundi hari ini di 586 pusat mengundi
Bernama | May 5, 2018
Pasukan keselamatan terlibat ialah anggota polis, tentera dan Pasukan Gerakan Am (PGA).
Gambar Facebook
KUALA LUMPUR: Sejumlah 586 pusat pengundian awal di seluruh negara dibuka pada 8.00 pagi ini bagi membolehkan 278,590 anggota keselamatan termasuk pasangan melaksanakan pengundian awal bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Pasukan keselamatan terlibat ialah anggota polis, tentera dan Pasukan Gerakan Am (PGA).
Antara tempat mengundi ialah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan kem-kem tentera.
Pusat mengundi akan ditutup secara secara berperingkat antara 5.00 petang dan 7.00 malam, malah ada beberapa pusat mengundi ditutup lebih awal iaitu antara 1.00 tengah hari dan 3.00 petang.
Proses pengundian awal dijalankan mengikut kaedah pengundian biasa yang dikendalikan oleh 6,376 petugas pilihan raya. Proses disaksikan oleh wakil-wakil calon.
Kertas undi awal tidak akan dikira di tempat mengundi hari ini sebaliknya disimpan di tempat selamat iaitu di lokap balai polis. Kertas undi hanya akan dikira pada hari pengundian 9 Mei, bermula 4.00 petang. Terdapat 14,940,624 pengundi bagi PRU14.
Bekas KPN Khalid Abu Bakar selesai buang undi
FMT Reporters | May 5, 2018
Dapatkan berita terkini di sini.
GE14 LIVE
Cops head to the polls
FMT Reporters | May 5, 2018