Translate

30 April 2018

Siti Nordiana kata dia digosipkan dengan Fikry Ibrahim, lebih selesa bergandingan dengan Alif Satar dan Khai Bahar seperti adiknya

Pengakuan terbuka! Nana 'reject' Fikry Ibrahim

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2018 2:30 PM
  (Ubah saiz teks)
PENYANYI Siti Nordiana hanya mampu tertawa apabila foto dia dan Alif Satar memakai baju pengantin tular di laman sosial.
Menurut Siti Nordiana atau Nana, foto tersebut di muat naik Instagram dan menjadi perhatian peminat yang tidak sabar untuk menyaksikan drama Pengantin Musim Salju yang bakal bersiaran di Astro tidak lama lagi.
"Kita hanya mampu gelak sahaja. Ada peminat yang kata sweet dan suka dengan watak kami. Mereka pun tak bawa sampai ke dunia realiti," kata Nana.
Manakala, Alif pula berkata, "Saya pun ketawa bila ada orang yang ingat kami kahwin betul-betul. Isteri saya di rumah pun terkejut, tapi dia faham itu gambar semasa penggambaran.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/zoom/2018/04/25/siti-nordiana/~/media/ffbda56a31324aa0b0a9767251fc301b.ashx?la=en

Siti Nordiana digosipkan dengan Fikry Ibrahim.
Ditanya mengenai aktor pilihan, Siti Nordiana berkata dia lebih selesa bergandingan dengan Alif.
"Kalau antara Alif dengan Fikry Ibrahim, saya lagi selesa berlakon dengan Alif.
"Saya dengan Fikry tak ada apa-apa hubungan istimewa. Kami kawan sahaja, itu semua gosip.
"Khai Bahar pula seperti adik saya sahaja. Kami meminati muzik yang sama dan dia seorang penyanyi yang bagus," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Alif Satar dan Siti Nordiana bakal muncul dengan single duet, Sebenarnya.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/zoom/2018/04/25/siti-nordiana/~/media/df8e7902be0e4cd5be6aee6e1a9583ba.ashx?la=en

Siti Nordiana dan Alif bakal jayakan konsert di Singapura pada 31 Ogos depan.
Karya ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong dan Romeo itu turut dipilih sebagai lagu tema drama rantaian terbaru lakonan mereka, Pengantin Musim Salju.
"Selepas bergandingan dalam drama bersiri dan muzikal, kini kami bergandingan dalam sebuah lagu duet pula.
"Kami berdua juga bakal mengadakan konsert sulung di Singapura pada Ogos depan," katanya.
Konsert 'Just Us - Alif Satar Siti Nordiana Live in Singapore' akan berlangsung di Shine Auditorium, Shaw Tower, Singapura, pada 31 Ogos depan.
Tiket menyaksikan persembahan dua artis popular terbabit boleh didapati dengan melayari www.rosevalley.sg.
Tags

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/zoom/2018/04/25/siti-nordiana/#1m5LbeMexCMFPu8B.99

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed '"Tidak bangga saya sebagai Perdana Menteri, kalau ' 4 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lima sekeluarga didakwa culik remaja perempuan 16 ' 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dolar AS rendah dorong ringgit dibuka tinggi | BES' 14 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Media sosial semakin meloyakan? | BEST FBKL' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Maritim Malaysia lupus dadah bernilai RM60,000 | B' 20 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Roger Ng beritahu mahkamah dia kenal Jho Low sejak' 46 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'PM Anwar ucap tahniah kepada pelajar cemerlang SPM' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki maut ditikam berebut kawasan minta sedekah ' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'JDT mara ke final Piala Malaysia, Johor isytihar I' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Tindakan lanjut sele' 1 hr 48 mins ago