Translate

17 November 2017

Video Anak Didera Di Sebuah Taska dan Wanita Balas Dendam Sumbat Wasabi Dalam Mulut Pendera Menjadi Viral,



[VIDEO] Anak Didera Di Taska, Wanita Balas Dendam Sumbat Wasabi Dalam Mulut Pendera

Seorang ibu yang tidak dapat menahan kemarahan ekoran anaknya menjadi mangsa penderaan seorang wanita di sebuah taska di Shanghai, China bertindak menyumbat mulut suspek dengan wasabi, sepertimana yang diperlakukan terhadap kanak-kanak malang terbabit.
Memetik Shanghaii, kejadian serangan itu berlaku ketika pihak taska Ctrip membuat sidang media bagi memberikan penjelasan berhubung kes penderaan melibatkan kanak-kanak di taska berkenaan, yang didakwa dilakukan oleh suspek selepas rakaman video kamera litar tertututp (CCTV) menjadi tular.
Menerusi dua rakaman video yang menimbulkan kemarahan ramai, wanita terbabit dilihat bertindak agresif terhadap seorang budak perempuan – mencampak beg mangsa sebelum menunjal kepalanya sehingga menyebabkan mangsa terjatuh lalu terhantuk pada meja.
Kejadian tersebut turut disaksikan oleh dua wanita, dipercayai kakitangan pusat taska berkenaan, namun mereka tidak melakukan apa-apa untuk menghalang wanita itu daripada mendera mangsa, lapor portal tersebut.
Sementara dalam kejadian lain, seorang wanita dipercayai kakitangan sama dilihat menyuap sesuatu ke dalam mulut beberapa kanak-kanak menyebabkan mereka menangis, sebelum salah seorang mangsa ditarik oleh suspek ke satu sudut di taska berkenaan.
Berikutan rakaman tersebut menjadi tular dan ditonton sendiri oleh ibu bapa mangsa, siasatan telah dijalankan dan mendapati wanita itu menyumbat wasabi ke dalam mulut mangsa.
"Anak saya baru berusia 17 bulan dan dia sumbat setengah tiub wasabi ke dalam mulutnya dalam tempoh setengah jam... (Akibatnya) anak saya terberak enam kali dalam masa satu jam," kata ibu mangsa yang menangis selepas menonton semula video CCTV tersebut.
Ekoran terlalu marah dan kesal dengan tindakan suspek terhadap mangsa-mangsa, ibu kepada salah seorang mangsa mengambil kesempatan untuk membalas dendam terhadap suspek dengan memaksanya memakan wasabi ketika sidang media dijalankan.
Rakaman video juga memaparkan suspek yang berada di atas pentas dalam keadaan menangis, selain berkali-kali memohon maaf dan berlutut.
Pihak taska kemudiannya mengesahkan bahawa suspek sebenarnya bukan guru di pusat asuhan berkenaan, sebaliknya hanyalah pekerja pembersihan.
Ketika ditanya bagaimana pekerja pembersihan boleh dibenarkan untuk mendisiplinkan budak-budak, pengurus pusat taska berkenaan, Zhang Baobao menjawab, “semua kakitangan di pusat berkenaan diminta untuk "proaktif" dalam menjaga kanak-kanak asuhan.”
Difahamkan, taska berkenaan yang beroperasi sejak awal tahun 2016 mengasuh lebih 100 kanak-kanak, yang kesemuanya berusia di bawah tiga tahun.
Susulan skandal penderaan itu, taska Ctrip memecat kakitangan-kakitangan yang terlibat dalam insiden tersebut dan pihak berkuasa Shanghai mengarahkan operasi taska berkenaan dihentikan buat sementara waktu bagi tujuan siasatan.
- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED