Translate

07 November 2017

Polis menahan seorang pelakon lelaki berusia 25 tahun bersama dua lagi rakannya kerana disyaki memiliki ganja di Setiawangsa


Pelakon lelaki bersama dua rakan ditahan disyaki miliki dadah

November 06, 2017 21:55 MYT


MAZLAN: Pemeriksaan lanjut menemui satu bekas tin aluminium yang di dalamnya terdapat satu paket plastik lutsinar berisi ketulan mampat dan leraian daun-daun kering disyaki ganja.

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pelakon lelaki berusia 25 tahun bersama dua lagi rakannya kerana disyaki memiliki ganja seberat 5.97 gram yang disembunyikan di dalam keretanya di Jalan Bukit Setiawangsa, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Wangsa Maju telah menahan kereta jenis Honda Jazz milik pelakon terbabit di sebuah stesen minyak di sini.



"Pemeriksaan lanjut menemui satu bekas tin aluminium yang di dalamnya terdapat satu paket plastik lutsinar berisi ketulan mampat dan leraian daun-daun kering disyaki ganja bersama alat menghisap ganja yang disembunyikan di bawah kerusi pemandu.

"Pelakon itu bersama dua rakannya yang berusia 20 dan 24 tahun ditahan dan ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.




Mazlan berkata ketiga-tiga individu yang ditahan didapati tiada rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 37A(1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

PELAKON drama dan pengacara yang ditahan polis selepas pemeriksaan di dalam kereta dinaiki menemui ganja, kini masih dalam siasatan dalaman pengurusan stesen televisyen tempat dia bekerja sebelum sebarang tindakan diambil.
Jurucakap stesen televisyen itu berkata, jika benar ia berlaku, pihaknya tidak akan menyembunyikannya.
"Kita masih jalankan siasatan. Kita lakukan siasatan dulu sebelum mengambil tindakan lanjut sekiranya dia benar-benar terbabit dalam insiden itu.
"Pihak pengurusan tidak akan menyembunyikan salah laku terbabit jika benar dia bersalah. Beri kami ruang untuk jalankan siasatan terlebih dulu," katanya.

HARIAN METRO

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED