Viral di media sosial kini dengan video dimana penyanyi Mas Idayu mengamuk, memarahi serta memberikan komen terlampau terhadap peserta D’Academy Asia 3 yang berasal dari Malaysia iaitu Baby Shima.
Mas Idayu yang merupakan juri tetap program tersebut tidak puas hati dengan kualiti nyanyian Baby Shima yang dikatakan hambar dan membuat banyak kesalahan didalam persembahan beliau. Baby Shima menerima kritikan yang sangat agresif sehingga tidak dapat menahan emosinya dan menangis.
Umum mengetahui Mas Idayu memang seorang yang tegas dan garang dalam mendidik anak muridnya. Masih ingat lagi tak Mas siap bawa rotan ketika menjadi mentor kepada Black dahulu?