Translate

06 January 2017

Video seorang yang cedera di bahagian tangan kanan selepas ditetak dan dibantu oleh pekerja sebuah restoran itu menjadi viral di media sosial.

Cedera Ditetak Lelaki Tidak Dikenali


KUCHING, SARAWAK - Pengarah urusan sebuah syarikat swasta cedera ditetak dengan parang oleh seorang individu yang tidak dikenali, pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 9.07 pagi di Jalan Padungan, mangsa, Adrian Ling Yew Huang, terpaksa berlari ke sebuah restoran berhampiran untuk mendapatkan bantuan. 

Video mangsa yang cedera di bahagian tangan kanan dan dibantu oleh pekerja sebuah restoran itu menjadi viral di media sosial. 

Lapor Harian Metro, mangsa ditetak individu yang tidak dikenali sebelum suspek melarikan diri kerana bimbang kejadian disedari orang ramai di kawasan tersebut. 

Lapor Sarawak Edition, mangsa cedera di bahagian tangan kanan dan belakang badan akibat ditetak dengan parang selain kehilangan darah yang banyak.

Mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. 

Ketua Polis Daerah Kuching yang dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - The Reporter

http://www.thereporter.my/2017/01/cedera-ditetak-lelaki-tidak-dikenali.html

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED