Translate

02 December 2016

Pengawal peribadi yang menembak mati tiga mangsa termasuk majikannya yang bergelar Datuk baru sehari bekerja dengan mangsa.



Georgetown: Pengawal peribadi yang menembak mati tiga mangsa termasuk majikannya yang bergelar Datuk di Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, semalam, baru sehari bekerja dengan mangsa. Menurut sumber, pengawal peribadi berusia 37 tahun yang berasal dari Kepong, Kuala Lumpur itu berada di tempat duduk belakang manakala seorang lagi iaitu pemandu Datuk itu duduk di penumpang hadapan. Katanya, Datuk terbabit memandu kereta kerana pemandunya itu mabuk. "Siasatan awal mendapati suspek baru sehari bekerja dengan majikannya itu yang juga seorang ahli perniagaan dan ketika itu pemandu Datuk terbabit tidak dibenarkan memandu kerana dia dalam keadaan mabuk. "Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham antara pengawal peribadi dan juga pemandu sehingga membuatkan suspek mengamuk dan melepaskan tembakan," katanya. Menururnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown jam 9 pagi ini untuk direman. Dalam kejadian 7.15 malam itu, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Datuk Ong Teik Kwang, 32, Senthil Murugiah, 38, dan Choi Hon Ming, 32. Mangsa yang cedera pula Lee Hong Boon, 56, Nurul Huda Aziz, 38, Arivarni Krishnan, 33, Mohamad Amirul Amin Mohamed Amer, 28, dan Lim Boon Leng, 32.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED