Translate

27 December 2016

Neelofa menjelaskan, "Pendek Kata Dia Kantoi, Mujur Saya Cepat Move On"



"Pendek Kata Dia Kantoi, Mujur Saya Cepat Move On"

Oleh Hazawani Ariffin pada
21 December 2016, 10:12AM
ROTIKAYA.COM

Walaupun terdahulu memilih untuk enggan memberikan penjelasan lanjut mengenai keretakan ‘hubungan’ mereka, namun dalam sebuah laporan lain Neelofa mengakui bahawa Fattah Amin sebenarnya telah kantoi mempunyai hubungan cinta dengan perempuan lain. Oleh kerana cinta baru saja berputik, Neelofa menjelaskan bahawa dirinya tidak terlalu kecewa dengan kejadian itu.

BACA: Fattah Amin Curang Dengan Neelofa?

“Saya pun baru menyedari dan mengetahui tentang perkara ini. Apa yang saya boleh katakan, cara saya mengetahui hal itu adalah tak bagus. Pendek kata kantoi, tetapi saya tak nak berkongsi keadaan itu. Mujur saya jenis yang cepat move on dan tidak sesekali berasa kecewa. Saya beranggapan ada hikmah di sebalik semua itu”





“Saya tak nafikan perkara itu, cuma buat masa sekarang tak adil sekiranya saya memberikan kenyataan tanpa kehadiran Fattah. Bukan apa, saya tak mahu kenyataan ini nanti melukakan hati pihak lain. Saya sendiri fobia dalam memberikan kenyataan. Dalam perkara ini saya tahu Fattah ada jawapannya,” jelasnya kepada Harian Metro.

Sebelum ini, nama Tania Hudson telah dikaitkan dalam keretakan hubungan cinta antara Neelofa dan Fattah selepas bayangan seorang pelakon berdarah kacukan diberikan oleh Neelofa. Bagaimanapun, Tania menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan bahawa hubungan itu sekadar kawan selain sudah tidak berhubung sejak bergandingan dalam drama terdahulu.





Biapun sebelum ini Neelofa dan Fattah tidak pernah menyatakan secara jelas hubungan yang terjalin diantara mereka namun kontroversi ini seakan menjawab persoalan semua orang yang memang ingin melihat mereka bersama. Apapun, buat masa ini Fattah masih belum memberikan komen berhubung perkara ini. Sama-samalah nantikan penjelasan beliau nanti. (rkty/w)








Fattah Amin Kini Ada Kekasih Berdarah Kacukan?
Oleh RTKY Staff pada
20 December 2016, 3:12PM

Nampaknya fantasi peminat Neelofa dan juga Fattah Amin akan berkubur setelah Neelofa menjelaskan bahawa pelakon yang pernah berganding dengannya itu mempunyai hubungan cinta dengan wanita lain – kacukan pula khabarnya.

BACA: Neelofa Minta Hentikan Spekulasi Cinta

“Tidak adil kalau saya ulas perkara ini tanpa Fattah atau orang ketiga itu di sini dan tidak mahu ia akan jadi salah faham dan memburukkan lagi keadaan. Saya baru tahu cerita ini cuma saya kesal cara saya mengetahui berita dakwaan ini dengan cara yang tidak elok”



“Kami mulai rapat sejak berlakon bersama dan selesa berkawan dengan dia sepanjang kami berlakon bersama. Peminat pula suka dan mahukan saya dan Fattah betul-betul mempunyai hubungan istimewa. Ia bukan sesuatu yang mudah kerana saya perlu memikirkan banyak pihak jika ingin memberi kenyataan tentang hubungan kami”

“Bagaimanapun apa yang saya boleh katakan hubungan kami sekarang ialah complicated (rumit),” jelas Neelofa mStar Online. Namun mungkin juga apa yang berlaku ketika ini hanya sekadar jalan keluar bagi meredakan kegilaan demam terhadap pasangan ini. Lagipun, anda semua suka drama, bukan? (rtky/s)

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED