Translate

24 December 2016

Alasan Luna Maya Tolak Bergambar Dengan Peminat

Alasan Luna Maya Tolak Bergambar Dengan Peminat

MD

.

Bergelar salah satu artis terkenal Indonesia, menjadikan hari-hari pelakon dan pengacara Luna Maya sibuk dengan jadual seninya yang padat seperti menjalani penggambaran, mengahdiri acara-acara dan ditambah lagi komitmen pada urusan perniagaan.

Oleh sebab itu, bintang berusia 33 tahun ini perlu bijak membahagikan masa. Meskipun sibuk, Luna masih sempat meluangkan masa untuk dirinya sendiri.

Memetik laporan Kapanlagi.com, kekasih Reino Barack ini mengungkap masa yang diluangkan untuk dirinya sendiri sangat santai. Misalnya setiap kali ada kelapangan, dia suka duduk di rumah atau akan pergi menonton wayang dan makan di pusat membeli belah.

Walaupun aktivitinya itu biasa, tetapi kata pelantun lagu Paranoid ini dia sangat menikmati apa yang dilakukan itu untuk dirinya sendiri.

Justeru, dia tidak mahu di ganggu ketika dia sedang menikmati aktivitinya. Itu juga yang menjadi alasan Luna seringkali menolak jika di datangi peminat yang ingin bergambar bersamanya.

"Jika hari saya tidak berkerja, jadi sebolehnya saya menolak kalau ada peminat yang ingin bergambar.

"Kerana setiap hari, perkerjaan saya melayani orang dan membuat orang sekeliling berasa senang dan itu bukan sesuatu yang mudah. Jadi kadang-kadang saya akan ambil masa satu hari atau beberapa hari untuk keluar dari dunia kerja saya.

"Saya tidak kisah jika ada yang menanggap saya sombong atau apa pun, kerana yang penting saya harus bernafas sedikit dan saya rasa saya punya hak juga dalam hidup saya," katanya.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '66,000 perniagaan di platform e-dagang tiada atura' 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pencuri Pakaian Dalam Wanita 'Kantoi' | BEST FBKL' 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kereta Jururawat Tebabas Rempuh Warga Emas | BEST ' 18 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'BEST FBKL' 27 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Penghantar barang mengaku tidak bersalah rompak em' 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tarikh Kongres Nasional AMK, Wanita Keadilan disel' 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed '21 pegawai, anggota ATM berkursus di Pakistan, Ind' 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bulan Bintang showcased a record 350 drones during' 40 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 1 hr ago
A visitor from Petaling jaya viewed '30 saham teratas FBM KLCI dijangka kekal - MIDF | ' 1 hr 5 mins ago