Translate

23 December 2016

Polis menahan seorang wanita kerana dipercayai membuat kenyataan dengan menghina azan dan agama Islam menerusi laman sosial Facebook


Wanita Ditahan Dipercayai Hina Azan, Islam Menerusi FB

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang wanita malam tadi kerana dipercayai membuat kenyataan dengan menghina azan dan agama Islam menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata wanita berumur 26 tahun itu ditahan pada 8 malam di sebuah rumah di Taman Rekamas, Simpang Renggam dekat Kluang selepas pihaknya menerima satu laporan, 20 Dis lepas.

“Bertindak atas laporan tersebut, polis yang menjalankan siasatan telah dapat mengesan pemilik akaun laman sosial berkenaan yang disyaki memuat naik kenyataan yang menghina azan dan agama Islam. Keadaan ini boleh mencetuskan suasana tidak harmoni,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin berkata polis turut merampas satu komputer riba dan satu telefon bimbit milik wanita berkenaan.

Beliau berkata polis akan mengemukakan permohonan reman terhadap wanita itu bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Katanya, polis sehubungan itu menasihati orang ramai supaya tidak menyalahgunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi media sosial bagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni dan melukakan perasaan penganut agama lain.

- Bernama

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 34 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'Cerita perang dagang, kerjasama halal dan TVET | B' 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Thief Snatches Handbag of US Dept of Homeland Secu' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PERGADUHAN DI PESTA SONGKRAN DAMANSARA | BEST FBKL' 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Emas ditutup tinggi ketika kebimbangan meningkat m' 22 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 49 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Penjual bunga di kuil disamun kumpulan lelaki bers' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Tampines new town viewed 'Background of Altantuya Murder Case in Malaysia - ' 1 hr 34 mins ago