Translate

02 December 2016

150,000 penunjuk perasaan dijangka membanjiri Monumen Nasional bagi mendesak Gabenor Jakarta Ahok Ditangkap


Kedutaan Asing Di Indonesia Keluar Amarak Menjelang Himpunan Anti-Ahok
JAKARTA: Beberapa negara mengeluarkan amaran kepada warganya supaya menjauhi perhimpunan besar-besaran yang dijadual di Jakarta hari ini kerana bimbang ia mungkin bertukar ganas.

Sekurangnya-kurangnya 150,000 penunjuk perasaan dijangka membanjiri Monumen Nasional bagi mendesak Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama yang didakwa menghina agama Islam ditangkap.

Bantahan sebelum ini yang dihadiri kira-kira 100,000 penunjuk perasaan berakhir dengan keganasan yang menyebabkan seorang terbunuh dan beratus lagi cedera.

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jakarta, memberi amaran kepada rakyatnya, walaupun perhimpunan itu dirancang secara aman tetapi ia boleh bertukar menjadi konfrontasi yang mencetuskan keganasan.

“Kumpulan ekstremis mungkin cuba mengambil kesempatan atau membuat kekacauan,” kata kenyataan itu.

Pihak kedutaan AS juga menasihati warganya supaya menjauhi lokasi perhimpunan itu diadakan.

Kerajaan Australia pula meminta supaya rakyatnya di Indonesia sentiasa berjaga-jaga dan peka dengan situasi sekeliling.

“Kerajaan menasihati semua rakyat Australia supaya tidak datang ke lokasi perhimpunan kerana ia boleh menjadi ganas,” katanya.

Beberapa lagi negara juga mengeluarkan amaran serupa dan menasihati warga mereka supaya berhati-hati ketika berada di Jakarta.

Basuki atau lebih dikenali sebagai Ahok mencetuskan kemarahan orang Islam apabila mendakwa lawannya mengguna ayat al-Quran untuk menipu pengundi supaya tidak mengundinya dalam pilihan raya gabenor tahun depan.

Ahok dijangka didakwa di mahkamah atas tuduhan menghina agama tetapi kumpulan Islam masih mendesak polis menangkap pemimpin beragama Kristian itu.

- Harian Metro

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED