Translate

23 April 2016

Tunku Ismail (TMJ) menaja Adik Acan berubat di mana sahaja di dunia ini untuk menyembuhkan penyakitnya.

"Acan Akan Dihantar Ke Mana Saja Di Dunia Ini Untuk Merawat Dan Menyembuhkannya," - TMJ


Tunku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, yang merupakan pemangku Raja Johor hari ini telah berkenan melawat adik Mohd Fikri Hakim atau lebih dikenali sebagai Acan yang merupakan pesakit jantung berlubang kronik.

Baginda tuanku yang selesai majlis rasmi di Johor Bahru terus bergerak ke rumah Acan di Taman Bahagia, Bukit Pasir, Muar yang dikatakan ingin sangat berjumpa dengan Tunku Ismail.

Kehadiran Tunku Ismail ternyata membawa khabar gembira apabila Tunku menyatakan kesudiannya untuk menaja Acan berubat di mana sahaja di dunia ini untuk menyembuhkan penyakitnya.

Menurut seorang sukarelawan, Puan Natipah Abu yang ada bersama dalam majlis tersebut berkata, kahadiran TMJ ke rumah Acan memberikan harapan baru kepadanya.

"Semasa Tunku mengumumkan kesediaannya menaja Acan berubat, keluarga Acan dan para sukarelawan mengalirkan air mata syukur dan gembira," katanya.

Dalam pertemuan itu, Tunku mengurniakan jersi JDT yang tertera nama Acan 01 yang turut ditandatangani oleh pemain JDT.

Menurut Puan Natipah lagi, esok Acan akan dibawa untuk berjumpa dengan doktor peribadi TMJ sebelum membuat keputusan ke mana tempat yang akan ditujui di dunia untuk merawat penyakit Acan. - Siakapkeli.my



Artikel tentang Acan kami pernah siarkan tahun 2015 lalu

S

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video Fathia Latiff Menari dengan g*ya yang sunggu' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Perbandaran I' 3 hrs 6 mins ago
A visitor from Klang viewed 'CCTV video of gang-rape goes viral | BEST FBKL' 4 hrs 34 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Siasatan awal di' 5 hrs 22 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Eyka Farhana, Akhyar Rashid Diijabkabul | BEST FBK' 5 hrs 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 6 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 7 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 7 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 7 hrs 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zakuan diperin' 7 hrs 35 mins ago