Translate

23 April 2016

7 Bapa Ayam Ditahan bila Rumah Pelacuran Di Serbu Polis



Image result for Rumah Pelacuran Di Serbu... 7 Bapa Ayam Ditahan



SINDIKET PELACURAN TERUS MEMPERHAMBAKAN WANITA WARGA ASING SEBAGAI MODAL KAUT KEUNTUNGAN MUDAH.

MALAM TADI... 27 WANITA WARGA INDONESIA TERMASUK SEORANG VIETNAM DISELAMATKAN POLIS MELALUI 3 SERBUAN SERENTAK DI RUMAH PELACURAN SEKITAR JALAN YEW DAN JALAN TUN RAZAK.

KESEMUA MEREKA DIKESAN SELEPAS RISIKAN POLIS BAHAGIAN MAKSIAT D TUJUH BUKIT AMAN YANG DIKETUAI DSP HUSSIN MAT JUNUS MEMBUAHKAN HASIL.

TAKTIK MENARIK PELANGGAN DI KAKI LIMA AKHIRNYA TERJERAT DAN MEMBAWA PEMEMUAN SARANG PELACURAN SERTA PENAHANAN 7 BAPA AYAM.

KETIKA SERBUAN... ADA SATU PASANGAN SEDANG MELAKUKAN SEKS.

SIASATAN AWAL MENDAPATI... BAYARAN DIKENAKAN SEMURAH 50 RINGGIT DAN BAPA AYAM MENDAPAT KEUNTUNGAN 20 RINGGIT SETIAP KALI PERKHIDMATAN SEKS SELESAI.

TURUT DITEMUI PERALATAN SEKS, KONDOM DAN WANG TUNAI LEBIH 4500 RINGGIT.

POLIS PERCAYA KESEMUA WANITA BERUSIA 20 HINGGA 37 TAHUN ITU DIPAKSA MENJADI HAMBA SEKS... DAN PASPOT MEREKA DI PEGANG BAPA AYAM.

KESEMUA TANGKAPAN DIBAWA KE IPD WANGSA MAJU UNTUK TINDAKAN LANJUT.

DAN SIASATAN DIJALANKAN MENGIKUT SEKSYEN 13 AKTA ATIPSOM DAN SEKSYEN 55 B AKTA IMIGRESEN 1959.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED